[ Menu Utama ]
[ Undian ]
Adakah Pengajaran Sains & Matematik perlu diajar dalam Bahasa Melayu?
Ya
Tidak
Tidak Pasti
[ Ahli Online ]
3 user(s) are online (3 user(s) are browsing Berita)

Members: 0
Guests: 3

more...
[ Login ]
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
[Jaringan]

Anda boleh menghantar resume atau CV kepada PKPIM. PKPIM menjadi penyampai hasrat anda untuk mendapatkan pekerjaan untuk disalurkan ke mana- mana peluang pekerjaan yang bersesuaian. Sila hantar ke pkpim_spp@yahoo.com Terima kasih.


LAPORAN KONVENSYEN MAHASISWA: MENGISI REALITI SEMASA
Posted by spp on 2008/7/28 21:30:00 (1786 reads)

Negara Malaysia terkenal dengan penduduknya yang berbilang kaum. Bangsa Melayu sebagai penduduk majoriti menjadi bangsa teras Malaysia diikuti dengan bangsa Cina dan India serta kaum minoriti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Keistimewaan Multietnik yang wujud di Malaysia adalah disebabkan oleh rahmat perpaduan yang dikecapi oleh semua penduduk di Negara ini.. Namun, kebelakangan ini, perpaduan Negara mula membibitkan perpecahan di antara kaum.

Hak-hak kaum Melayu sebagai penduduk asal bumi Malaysia mula dicabar dan diganggu-gugat oleh kaum-kaum lain. Persoalan kontrak sosial, Dasar Ekonom Baru (DEB), isu bahasa dan agama Islam mula menarik perhatian rakyat terutamanya kaum Melayu. Keretakan perpaduan ini juga berpunca daripada kualiti kepimpinan Negara yang lemah dalam memperkemas dan mengaplikasi dasar kebudayaan kebangsaan demi kemaslahatan Negara melebihi ideologi politik perkauman. Inilah realiti semasa yang perlu dihadapi oleh generasi muda masa kini.

Justeru itu, bagi mengupas dan membincangkan realiti semasa ini, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Konvensyen Mahasiswa: Mengisi Realiti Semasa pada hari Sabtu bersamaan 12 Julai 2008/9 Rejab 1429 AH yang lalu. Konvensyen yang dihadiri oleh hampir 200 mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai IPTA dan IPTS seluruh Negara telah berlangsung di Dewan Seminar DBP. PKPIM telah menggariskan beberapa objektif konvensyen seperti berikut;

1. Mengumpulkan mahasiswa-mahsiswi universiti dari Institusi Pengajian Awam seluruh Negara.
2. Mengupas isu-isu semasa dari pelbagai tokoh melalui pembentangan kertas kerja dan ketika sesi soal jawab yang interaktif.
3. Mewujudkan kefahaman kepada generasi muda berkenaan isu-isu semasa yang dibincangkan.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 5901 bytes more | Comments?

More releases in Artikel

Catatan Kembara Timur
Posted by spp on 2008/4/21 15:46:19 (1014 reads)

Pada 6-9 April lalu, saya berkesempatan bersama Exco PKPIM menziarahi negeri-negeri di Zon Pantai Timur. Ziarah ini merupakan ziarah siri pertama sebelum siri ziarah ke negeri-negeri di Zon Selatan dan Zon Utara nanti. Ziarah Pantai Timur ini merangkumi negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Program ini bertujuan untuk teman-teman yang berada di Pantai Timur.

Perjalanan kami ke destinasi pertama iaitu Kelantan memakan masa hampir 8 jam. Setibanya di Kota Bharu, kami disambut baik oleh Ustaz Farid dan saudara Shahidan (wakil Briged Bakti) di bangunan Sekretariat ABIM Kelantan. Selepas bersarapan, kami dibawa oleh Shahidan ke Islamic Outreach ABIM (IOA) Kelantan di Ketereh. Kedatangan kami di IOA Kelantan disambut mesra oleh saudara Abdullah bin Muhd Nawi (Exco Penataran ABIM Kelantan) dan ahli jawatankuasa IOAnya. Pertemuan kami bersama mereka selama dua jam itu banyak menyentuh kepada pengenalan dan perkembangan IOA dalam misi penyebaran da'wah di perkampungan orang asli yang terletak di Gua Musang. Selain membantu orang asli di kampung, mereka juga menyediakan kelas bimbingan fardhu 'ain bagi anak-anak orang asli di pusat IOA. Rata-rata yang menjadi ahli jawatankuasa IOA merupakan sukarelawan yang datang dari seluruh Kelantan dan pelusuk negara. Menurut saudara Abdullah Muhd Nawi atau lebih dikenali sebagai Pok Lah, seramai lebih kurang 2000 orang asli telah diislamkan semenjak penubuhan IOA Kelantan pada tahun 1988.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 5522 bytes more | Comments?


PKPIM GESA TINDAKAN TEGAS TERHADAP KLIP VIDEO ‘FITNA’
Posted by spp on 2008/3/31 11:20:00 (1047 reads)

PKPIM GESA TINDAKAN TEGAS TERHADAP KLIP VIDEO ‘FITNA’

Tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders, menghasilkan klip video pendek bertajuk ‘Fitna’ yang bertujuan untuk menghina Islam dan mencaci Al-Qur’an telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Ahli politik Belanda itu seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada isu sebuah akhbar Belanda yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad beberapa tahun yang lepas, yang telah menyebabkan ketegangan berlaku antara komuniti Islam dan bukan Islam khususnya di negara-negara Barat.

Klip video selama 15 minit bertajuk ‘Fitna’ ini ternyata dengan jelas cuba menghina agama Islam, menghina Rasulullah s.a.w. dan mencaci kesucian kitab suci Al-Qur’an. Klip video tersebut memaparkan beberapa ayat-ayat suci Al-Qur’an yang dikaitkan dengan terorisme. Umat Islam seluruh dunia nyata tersinggung dan marah dengan klip video tersebut yang mempergunakan ayat-ayat suci Al-Qur’an untuk menuduh agama Islam sebagai agama yang mendorong umatnya kepada keganasan sedangkan Islam adalah agama yang menjadikan kasih sayang dan keselamatan sebagai antara nilai asas.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mewakili perasaan pelajar-pelajar Islam seluruh negara ingin menzahirkan rasa tidak puas hati dengan penghasilan klip video tersebut yang bersifat provokatif. PKPIM ingin menggesa agar pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, serta masyarakat keseluruhannya mengambil pendirian yang tegas dengan menyatakan bantahan terhadap klip video tersebut. Selain daripada itu, PKPIM juga menggesa pihak yang berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap klip video tersebut dengan menghantar bantahan rasmi kepada kerajaan Belanda. Tindakan yang tegas perlu diambil kerana penghasilan klip video seperti itu adalah merupakan satu hasutan yang akan memburukkan lagi hubungan antara dunia Islam dan dunia Barat.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 4236 bytes more | Comments?

More releases in Media

PTPTN DIGESA WUJUD PANEL SYARIAH
Posted by spp on 2008/1/4 20:41:21 (705 reads)

Utusan Malaysia, Jumaat 4 Januari 2008

PTPTN digesa wujud panel syariah

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa supaya mewujudkan panel syariah sendiri bagi membolehkan agensi itu dapat menyelesaikan segala kekeliruan membabitkan hukum syarak dengan lebih efisien.

Gesaan tersebut disuarakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berikutan wujudnya dakwaan yang mengaitkan caj PTPTN sebanyak tiga peratus yang dikenakan terhadap pelajar bertentangan dengan Islam, baru- baru ini.

Presiden PKPIM, Mohd. Hilmi Ramli berkata, dengan adanya panel syariah, ia mampu menjadikan PTPTN sentiasa melaksanakan sistem syariah dalam pengurusan sistem kewangan, terutamanya pinjaman pelajaran membabitkan pelajar Islam.

Menurutnya, panel syariah itu juga akan dapat memantau serta menjadi ejen perunding kepada PTPTN jika agensi tersebut berhadapan dengan permasalahan syarak.

Buat masa ini, katanya, PTPTN hanya memperoleh rujukan berhubung pelaksanaan kewangan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

‘‘Jika ada permasalahan yang melibatkan syarak, ia mengambil masa agak lama untuk diselesaikan.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 2373 bytes more | Comments?

More releases in Berita

MATLAMAT PTPTN, UNIVERSITI TIDAK SEKATA
Posted by spp on 2008/1/1 11:30:00 (1607 reads)

MENJAWAB isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN), kita perlu memandang kepada keadaan mahasiswa secara keseluruhan dan bukan mementingkan diri.

Zaman sekarang, mahasiswa dilihat ketandusan penggerak dan pemimpin berikutan kesibukan mereka kepada perkara lain yang tidak berfaedah. Namun, bagi saya, usaha PTPTN mewajibkan mahasiswa membayar pinjaman ketika belajar akan memburukkan lagi keadaan.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 3631 bytes more | Comments?

More releases in Nasional

Kaji Semula Sistem Bayaran Pinjaman PTPTN
Posted by spp on 2008/1/1 10:23:32 (913 reads)

BARU-baru ini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaporkan bahwa mereka sedang mengkaji keperluan untuk melaksanakan sistem pembayaran pinjamannya sewaktu peminjam masih dalam sesi pengajian.

Menurut PTPTN, kajian ini bertujuan mengelakkan pelajar menanggung hutang lebih tinggi dan mengelakkan daripada jumlah pinjaman tertunggak semakin meningkat.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 3832 bytes more | Comments?


PKPIM Diterima Sebagai Anggota UNIW
Posted by spp on 2007/12/24 23:20:00 (663 reads)


Mesyuarat Agung The Union Of NGOs of the Islamic World (UNIW) pada 7 Disember 2007 yang lepas sebulat suara menerima keanggotaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai salah sebuah ahli gabungannya. PKPIM diwakili oleh Khairul Anwar Bin Shazali (Naib Presiden), Mohd. Saifullah Bin Mohd. Zulkifli (Exco) dan Wan Mohd. Wasif Bin Wan Mohd (Exco) di dalam mesyuarat agung UNIW itu.

Rating: 9.00 (1 vote) - Rate this News - Read More... | 2313 bytes more | Comments?

More releases in Antarabangsa

DAKWAH DI KALANGAN PELAJAR
Posted by spp on 2007/12/4 17:40:00 (1471 reads)

Dipetik dari (MISG US & CANADA)

InsyaAllah, untuk artikel kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit hasil pembacaan saya beberapa minggu yang lepas dari satu buku karangan Zainah Anwar- “Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among Students”. Saya tidak pasti sama ada rakan-rakan yang lain sudah membacanya atau belum. Jika sudah, sudikanlah diri untuk memperbetul apa yang silap atau memberi sedikit ulasan tentang buku ini.

Buku yang ditulis 20 tahun lalu ini dibaca kerana ingin megetahui serba sedikit mengenai kegiatan politk di kampus-kampus dan hubung kaitnya dengan persada politik tanah air. Releven atau tidak buku ini dengan keadaan gerakan mahasiswa sekarang biarlah antum semua yang menilai. Saya kongsi isi buku tersebut disini agar kita dapat membuat perbandingan antara gerakan dahulu kala dengan MISG USA-Canada sekarang ini.



Diperingkat pengenalan bukunya, penulis menceritakan kesukaran yang dihadapinya untuk mendapatkan maklumat berkenaan gerakan Islam dikalangan pelajar-pelajar Malaysia. 2 faktor utama adalah kekurangan cacatan bertulis tentang gerakan mereka dan sikap ahli gerakan Islam yang takut untuk berkongsi pengalaman dan maklumat tentang mereka dengan penulis.




Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 5892 bytes more | Comments?

More releases in Bicara Gerakan

ADA APA DENGAN BAHAGIA
Posted by spp on 2006/9/14 15:10:00 (978 reads)


Bahagia

Apakah yang dimaksudkan dengan bahagia? Adakah semata bergantung pada material , kemasyhuran nama di mata masyarakat atau bagaimana?. Hamka di dalam bukunya tasauf moden berkata bahawa kita jangan terpedaya dengan kebahgiaan secara lahiriah ini . Katanya “Jangan engkau terpedaya oleh kulit lahir, kerana dunia ini hanya komedi. Boleh jadi di balik keindahan perkakas, di balik senyuman dan tertawa itu ada beberapa kepahitan yang mereka tertanggungkan, yang tidak diketahui oleh banyak orang. Banyak orang tertawa sedangkan hatinya luka parah. Banyak orang yang tertipu melihat cahaya panas di waktu terik di tanah lapang luas , disangka cahaya itu air. Demi bila dia sampai ke sana hanya pasir belaka”.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 8331 bytes more | 2 comments

More releases in SUSUNAN AKSARA

KESETIAAN KHADIJAH
Posted by spp on 2006/9/11 14:15:22 (816 reads)

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.

KESETIAAN YANG BERSEJARAH

Mari kita singkap kembali peristiwa yang sungguh mendebarkan jantung Rasulullah SAW. Peristiwa itu ialah penerimaan wahyu yang pertama di Gua Hira’. Sekembalinya ke rumah, baginda berkata kepada isterinya yang tercinta, “Aku berasa khuatir terhadap diriku.”
Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, “Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah.”

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 4762 bytes more | Comments?

More releases in KAMAR

RUMAHTANGGA MUSLIM MENJAMIN KELANGSUNGAN DAKWAH
Posted by spp on 2006/9/11 14:06:11 (1481 reads)

SALAH satu aspek penting dalam persiapan untuk melalui hidup secara Islam adalah menyediakan rumah tangga kita supaya menjadi rumah tangga Muslim. Rumah tangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar sahaja boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan tarbawi (bercirikan tarbiah Islam), melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman.

Rencana ini cuba membincangkan persoalan rumah tangga Islam dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak yang bakal memikul taklif (tanggungjawab) Islam. Rencana ini akan menumpukan perbincangan kepada beberapa aspek komunikasi dalam rumah tangga tersebut.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 9203 bytes more | Comments?

More releases in Dimensi Murobbiy

ANTARA PENCACAI BALACI ATAU AKTIVIS, ANTARA PENDIBISURIS ATAU ANTARA PENCACAI BALACI ATAU AKTIVIS, ANTARA PENDIBISURIS ATAU INTELEKTUALIS?
Posted by spp on 2006/9/10 23:50:15 (1383 reads)


Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
www.saifullahzulkifli.blogspot.com

Dengan Buku di tangan kau nyayikan lagu itu
Meresap pada jantung bangsa
Lagu daerah teluk gong
Dari ruang sudut pidato
Pecahlah kaca menara gading
Dengan Berani berteriak
Untuk petani-petani yang tertindas
Lihat pancar mata ayah mu di desa
Lihat senyum ibu mu di kampung
Kebanggaan bahawa kau anak mereka
Usman Awang 1967

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 10159 bytes more | Comments?

More releases in FORLOT

KEFAHAMAN PLURALISME AGAMA
Posted by spp on 2006/8/11 8:55:44 (2125 reads)


Kefahaman Pluralisme agama yang digagaskan oleh Islam Liberal membawa erti “semua agama secara dasarnya adalah sama kerana pada hakikatnya semuanya itu tidak lain hanyalah bentuk-bentuk tindakan dan pemahanan yang berbeza terhadap satu realiti yang sama, ringkasnya semua agama secara relatif adalah sama dan tak ada satu pun agama yang berhak menyatakan agamanya satu-satunya agama yang benar”.

Joachim Wach, seorang pakar ilmu perbandingan agama kotemporeri berkesimpulan bahawa manusia perlu mengekspirasikan pengalaman keagamanya dalam tiga cara iaitu yang pertama secara intelektual kedua secara praktikal dan ketiga secara sosilogis. Menurutnya lagi fenomena ini adalah universal. Begitu juga Prof. Ninian Smart yang juga pakar ilmu perbandigan agama dan antropologi Clifford Geert menegaskan akan komprehensif agama yang mencakup seluruh dimensi kehidupan manusia. Fakta-fakta ini telah menguatkan pada institutionalized religion melainkan juga mencakup seluruh falsafah hidup yang juga dikenali sebagai ideologi-ideologi sekular. Professor Muhammad Imarah telah menyatakan bahawa “Barat telah memaksa yang lain untuk mengikutnya sama ada secara kultur mahupun pemikiran, dengan kata lain barat tidak ingin “to let the others to be really other”

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 6702 bytes more | Comments?


BIMBINGAN ROHANI: BERPUASA DI BULAN REJAB
Posted by spp on 2006/8/8 1:30:00 (1161 reads)


http://www.abim.org.my/minda_madani/

Imam al-Nawawi (rahimahullah) menyebut:

“Tiada larangan dan tiada juga galakkan berhubung dengan bulan Rejab itu sendiri,
walaubagaimanpun:
• berasaskan bahawa pada prinsipnya berpuasa itu sendiri merupakan suatu amalan yang
dipuji, dan
• di dalam Sunan Abu Dawud, Rasulullah telah menggalakkan berpuasa di bulan-bulan
Haram, dan bulan Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan Haram.


Hadith Berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab

[1] `Uthman ibn Hakim al-Ansari berkata: "Aku bertanya Said ibn Jubair berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, dan kami sedang berada di bulan Rejab, dan beliau berkara: “Aku
mendengar Ibn ‘Abbas berkata: “Rasulullah pernah berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak akan berbuka samasekali, dan beliau juga [ada ketikanya] tidak berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak berpuasa samasekali.”

.[Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dalam Kitab al-sawm, dalam bab berpuasa di bulan selain dari bulan Ramadhan, dan berpuasa di bulan Rejab].

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 6393 bytes more | 27 comments

More releases in Tarbiyyah

TEMURAMAH WARTAWAN PEMBELA BERSAMA SDR MOHD HILMI RAMLI, SETIAUSAHA AGUNG PKPIM
Posted by spp on 2006/7/24 13:20:00 (1402 reads)


* PEMBELA merupakan gabungan NGO- NGO Islam yang telah ditubuhkan dalam menangani isu murtad yang semakin hebat menggasak. PKPIM merupakan NGO bersama dalam PEMBELA. PEMBELA boleh dihubungi dalam www.myislamnetwork.net



PEMBELA : Assalamualaikum sdr
HILMI : Wa’alaikumussalam wrt wbt


PEMBELA : Apa pandangan sdr tentang isu murtad yang sekarang ini hangat dibangkitkan?
HILMI : Pertamanya, Alhamdulillah, isu murtad ini telah membuka mata seluruh umat Islam khususnya di Malaysia ini tentang betapa runtuhnya pegangan agama di kalangan umat Islam di Malaysia ini. Sememangnya isu murtad ini merupakan satu isu yang serius dan perlu dtangani segera. Dalam sejarah Islam yang termaktub dalam Hadis Nabi Muhammad saw, sesiapa yang murtad ini sudah dikira ‘halal’ darahnya. Akan tetapi, dalam konteks moden hari ini, mahkamah syariah lah yang menentukan hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada mereka.



Rating: 7.00 (1 vote) - Rate this News - Read More... | 6747 bytes more | Comments?

More releases in Slot SUA

TEMUBUAL BERSAMA PROF. MADYA DR. KAMAR ONIAH KAMARUZAMAN
Posted by spp on 2006/7/21 20:11:39 (1170 reads)


Prof. Madya Dr. Kamar Oniah di antara yang turut serta dalam mesyuarat-mesyuarat bagi penubuhan suruhanjaya perundingan agama di awal 2003 dan merupakan orang yang pertama menarik diri. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menemuramah beliau pada 19 Julai 2006.

PEMBELA: Dr., PEMBELA difahamkan bahawa Dr. salah saorang yang turut serta dalam usaha peringkat awal penubuhan IFC.

Dr. Kamar Oniah: Ya, di awal 2003 sebagai wakil JUST

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 9228 bytes more | Comments?

More releases in Anti-Murtad

KENAPA PERLU DA VINCI CODE?
Posted by spp on 2006/7/6 1:30:00 (1539 reads)

Oleh Ali Bukhari Amir

Pada 1996, saya adalah antara pelajar Matrikulasi Kolej Mara Kulim (KMK), Jalan Junjong, Kulim, Kedah. Di situ saya mendapat kejutan budaya. Kejutan itu ialah dari segi pergaulan bebas antara palajar lelaki dan wanita. Saya tidak biasa dengan situasi begitu.

Walaupun di sekolah agama lama, Maktab Mahmud, saya daripada aliran Sains yang bercampur pelajar lelaki dan wanita, tetapi Pergaulan tetaplah terbatas. Dalam keadaan tempoh 'derita' begitu, suraulah tempat bermanja kasih. Saya memilih surau sebagai tempat berkhalwat.

Rating: 8.00 (2 votes) - Rate this News - Read More... | 13718 bytes more | Comments?

More releases in CASKELIPER

PENGALAMAN BANTUAN KEMANUSIAN DI YOGYAKARTA
Posted by spp on 2006/6/15 11:10:00 (1147 reads)
Laporan

Tarikh:
9 Jun 2006 – 12 Jun 2006

Tempat Penginapan:
1) Wisnugraha Hotel, Yogyakarta ( 9 – 11 Jun 2006)
2) Batu Retno, Yogyakarta (11 – 12 Jun 2006)

Sukarelawan:
1) Dr. Lee Boon Peng (Century Medical Center Johor Baharu)
2) Dr. Azmi Mohammad Ghazali (Kuantan Specialist Hospital)
3) Puan Sharifah Aminah Al-Khared (GPM)
4) Puan Anisah Ahmad (GPM)
5) Cik Normah Sulaiman (GPM)
6) Cik Nor Azeera Binti Mohd Ariffin (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)

Objektif:
1) Meneruskan bantuan dari segi aspek perubatan kepada mangsa-mangsa gempa bumi dan bencana Gunung Merapi

2) Memberikan tumpuan kepada aspek-aspek yang berkaitan ‘fund-raising’ bertujuan mengumpul dana bagi meneruskan projek-projek pemuliharaan dan pembangunaan dalam aspek material dan kebajikan mangsa bagi kedua-dua bencana yang menimpa




LAPORAN MISI KE-5 BANTUAN KEMANUSIAN DI YOGYAKARTA

Pencapaian:
1) Meneruskan dan memantapkan projek pembinaan penempatan sementara untuk mangsa gempa bumi di Desa Chanden, daerah Jertis, Yogyakarta sebanyak 150 buah rumah semuanya

2) Menyediakan peralatan sekolah kepada 75 orang pelajar Sekolah Dasar dan Sekolah Menengah Pertengahan yang terjejas akibat bencana gempa bumi di daerah Bantul

3) Mengagihkan barang-barang keperluan seperti gula, beras, gula, tuala, selimut, kain sarung, pakaian dalam lelaki dan wanita, bungkusan mee segera, teh, sabun mandi dan pakaian, ubat gigi, telekung serta sejadah kepada pesakit-pesakit di Rumah Sakit Islam PDHI Yogyakarta dan Rumah Sakit Rajawali Citra di Plaret

4) Menyelesaikan pembayaran ubat-ubatan yang telah dibeli sebanyak Rp 9 000 000. Pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menyumbang sebanyak Rp 5 000 000 (RM 2000) hasil dari kutipan Tabung Bencana Yogyakarta yang telah dilancarkan. Kos yang selebihnya ditampung oleh dana yang disumbangkan oleh para penyumbang Global Peace Mission (GPM) Malaysia












LAPORAN MISI KE-5 BANTUAN KEMANUSIAN DI YOGYAKARTA

LAPORAN PENUH MISI KE-5 BANTUAN KEMANUSIAAN
BENCANA GEMPA BUMI DAN GUNUNG MERAPI DI YOGYAKARTA

Misi ke-5 telah bertolak dari tanah air bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan pada 9 Jun 2006 yang lalu dengan menaiki penerbangan Air Asia ke Solo. Rombongan ini bertolak dari Terminal LCC-T kira-kira jam 6.55 pagi. Rombongan misi kali ini diketuai oleh Puan Sharifah Aminah Al-Khared. Rombongan misi ke-5 ini terdiri daripada 2 kumpulan yang membawa misi bantuan yang berbeza. Kumpulan pertama terdiri daripada Dr. Lee Boon Peng dan Dr. Azmi Mohammad Ghazali yang akan meneruskan bantuan dari aspek perubatan kepada mangsa gempa bumi di daerah Bantul dan mangsa bencana Gunung Merapi di Klaten. Kumpulan kedua pula terdiri daripada Puan Sharifah Aminah, Puan Anisah, Cik Normah dan Cik Nor Azeera. Kumpulan ini membawa misi yang lebih menjurus kepada aspek ‘fund-raising’. Kumpulan ini bertindak menilai, melihat secara dekat bantuan-bantuan pemuliharaan dan pembangunan yang boleh dihulurkan serta merencana agenda-agenda pengumpulan dana yang lebih tersusun yang boleh dijalankan setelah pulang ke tanah air kelak.

Rombongan misi ke-5 ini tiba di Bandara Adimarso, Solo pada jam 9.30 pagi waktu tempatan dan dijemput oleh dua orang wakil dari Dewan Dakwah Indonesia (DDI). Kami langsung dibawa ke Pos Induk Bantuan Kemanusiaan Global Peaca Mission (GPM) Malaysia – DDI yang terletak di Klaten. Kami hanya berhenti seketikan untuk mengambil sarapan di bandar Solo.

Setibanya kami di Pos Induk tersebut, kami disambut oleh Dato’ Dr. Razak, Cik Raja
Zahanizah (Kuza) dan teman-teman lain dari DDI. Setelah mendengar penerangan dari Dato’ Dr. Razak, kami berpecah mengikut kumpulan masing-masing. Bagi kumpulan perubatan, Dr. Lee telah dihantar melaksanakan misi bantuan perubatan di Rumah Sakit Islam PDHI, Bantul manakala Dr. Azmi pula dihantar bagi melaksanakan misi bantuan perubatan di pos-pos kesihatan di kawasan Gunung Merapi, Klaten. Kumpulan Puan Sharifah pula mengikuti Dato’ Dr. Razak untuk melihat secara lebih dekat dan jelas beberapa kawasan yang akan dibantu secara terus dan


LAPORAN MISI KE-5 BANTUAN KEMANUSIAN DI YOGYAKARTA

ditaja oleh GPM. Namun, Cik Nor Azeera telah diminta untuk membantu Dr. Azmi selama 1 hari kerana tiada sukarelawan yang membantu beliau.

Kumpulan ’fund-raising’ ini telah dibawa oleh Dr. Razak ke beberapa tempat yang berpotensi untuk dibantu oleh pihak GPM. Antaranya, Rumah Sakit Islam PDHI, Pati Asuhan Muhammadiyah Prambanan Yogyakarta iaitu penempatan sementara (gedung padi yang ditukar menjadi tempat tinggal sementara) anak-anak yatim yang diurus oleh Pak Nazir dari DDI yang musnah sama sekali akibat gempa, Rumah Sakit Rajawali Citra yang diurus oleh Dr. Suno dan tapak yang akan didirikan penempatan sementara kepada mangsa-mangsa gempa di Desa Cenden, Bantul. Selain melihat dengan jelas kawasan-kawasan yang akan dibantu, kumpulan ’fund-raising’ ini akan turut menguruskan bantuan-bantuan lain-lain yang boleh terus diberi kepada para mangsa selama 4 hari kumpulan ini berada di Yogyakarta.

Pada hari pertama, kumpulan ’fund-raising’ menghabiskan masa ke tempat-tempat yang akan dibantu dan mengumpul sebanyak mungkin maklumat bagi membeli barang-barang yang perlu dibeli segera dan diberi kepada mangsa-mangsa yang terjejas. Cik Nor Azeera ’bergabung’ kembali dengan kumpulan ’fund-raising’ setelah seharian membantu Dr. Azmi di pos-pos kesihatan di kawasan Gunung Merapi, Klaten. Setelah mendapat maklumat lengkap berkaitan segala yang diperlukan, kumpulan ’fund-raising’ membuat pengagihan dana yang dibawa bagi memenuhi keperluan yang telah disenaraikan.

Sekitar jam 9.30 pagi keesokan harinya, kami dijemput oleh Pak Mujiddin untuk ke Desa Cenden. Kami ke sana untuk melihat perkembangan pembinaan penempatan sementara dan mengambil maklumat tentang bantuan lain yang boleh dihulurkan kepada anak-anak yang terjejas akibat bencana. Kami amat gembira melihatkan perkembangan yang cukup pantas oleh kumpulan yang bertanggungjawab menguruskan pembersihan tapak bagi mendirikan penempatan sementara yang telah dirancang. Mereka amat pantas membersihkan tapak dan menunggu proses pembinaan yang seterusnya. Ketika kami sampai, batu-bata telah dikumpulkan dan rangka-rangka rumah baru mahu mula didirikan oleh para pekerja (pati). Bapak Mahmud menerangkan segala perkembangan dan keperluan yang diperlukan kepada Puan Sharifah. Sementara Puan Sharifah
LAPORAN MISI KE-5 BANTUAN KEMANUSIAN DI YOGYAKARTA

bersama Bapak Mahmud meninjau projek penempatan sementara yang akan ditaja oleh GPM, ahli kumpulan lain meluangkan masa bersama para ibu yang sedang sibuk memasak untuk makan tengahari dan anak-anak yang nyata gembira dengan kedatangan kami. Antara aktiviti yang kami lakukan bersama anak-anak tersebut adalah aktiviti melukis bagi meluahkan perasaan mereka tentang bencana yang telah terjadi dan meminta mereka menulis permintaan dan harapan mereka sendiri kepada seluruh rakyat Malaysia rentetan bencana yang menimpa. Segala yang dihasilkan oleh anak-anak tersebut telah diambil untuk dibawa pulang ke Malaysia. Ini boleh dijadikan bahan penting dalam sesi-sesi penerangan yang akan dibuat kepada umum dan pihak-pihak yang akan menyumbang kepada projek-projek tajaan GPM.

Setelah mengenal pasti segala yang diperlukan oleh para mangsa, kami bersama Pak Mujiddin ke pusat bandar Yoyakarta untuk membeli peralatan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak tersebut sebanyak 75 orang kesemuanya. Antara yang akan dibeli adalah beg sekolah, buku dan pencil. Dari satu toko ke satu toko yang lain, dari toko kecil sehingga ke toko yang besar, kami mencari barang-barang yang diperlukan oleh anak-anak tersebut. Alhamdulillah, setelah seharian ke merata-rata tempat di pusat bandar Yogyakarta, kami berjaya menempah beg, buku dan pencil yang diperlukan. Kami mahu menggunakan masa semaksimum mungkin dan mendapat gambaran yang sejelas-jelas mengenai bencana yang menimpa. Dengan itu, kami meminta Pak Mujiddin untuk menghantar kami ke kawasan Gunung Merapi, Klaten.

Kami langsung menghubungi Dr. Azmi dan terus menghala ke rumah Pak Suharto iaitu rumah yang diduduki sementara oleh beliau sepanjang misi bantuan perubatan yang dikendalikan oleh beliau. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam. Rumah Pak Suharto tersebut terletak hanya 7 KM dari kaki Gunung Merapi. Namun, sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah ke Batu Retno untuk mengambil Dr. Lee yang ingin turut serta. Kebetulan Dr. Azmi turut berada di Batu Retno untuk mengambil peralatan yang diperlukan. Kami kemudiannya bersama-sama meneruskan perjalanan ke rumah Pak Suharto. Sekitar jam 10.30 kami tiba dan kami amat teruja melihat lava Gunung Merapi yang keluar. Ianya dapat dilihat dengan jelas dari rumah Pak Suharto. Rumah tersebut telah menjadi pusat bagi pekerja-pekerja keselamatan, relawan-relawam dan

LAPORAN MISI KE-5 BANTUAN KEMANUSIAN DI YOGYAKARTA

pihak media. Ketika kami tiba, relawan dari Universiti Muhamadiyyah Surakarta, Solo yang membantu Dr. Azmi sedia menunggu. Sekitar jam 11.30 pm kami bertolak balik ke hotel.

Keesokannya, Sdri. Kuza datang menjemput kami sekitar jam 9.00 am untuk meneruskan misi. Setelah segala urusan check-out selesai, kami langsung ke Batu Retno untuk membungkus segala bantuan yang telah dibeli (dibeli sebelum misi kami) dan mengagihkan ke tempat-tempat yang telah dicadangkan. Sdri. Kuza bersama Pak Joko (pemandu tetap) keluar membeli beberapa barang lagi setelah meninggalkan kami di Batu Retno untuk membungkus barang-barang tersebut. Barang-barang tersebut terdiri daripada barang-barang kelengkapan diri dan sedikit barang makanan. Kesemuanya akan diagihkan kepada mangsa gempa di Rumah Sakit Islam PDHI, Yogyakarta. Terdapat juga barang-barang untuk diberi kepada Pati Asuhan Muhammadiyyah Prambanan, Yogyakarta. Pihak kami dimaklumkan terdapat 24 orang pesakit wanita, 16 orang pesakit lelaki dan 5 orang pesakit kanak-kanak di rumah sakit tersebut. Kami menyediakan pengagihan berdasarkan maklumat yang telah diberikan. Setelah selesai membungkus dan memunggah paket-paket barang yang selesai dibungkus ke dalam kenderaan, kami meneruskan perjalanan ke Rumah Sakit Islam PDHI. Kami mengagihkan bantuan kepada mangsa dan keluarga mangsa. Oleh kerana terdapat pesakit yang telah pulang makanya, terdapat bungkusan bantuan yang lebih. Jadi, kami telah mengambil keputusan untuk mengagihkannya kepada Rumah Sakit Rajawali Citra dibawah kendalian Dr. Suno.

Setelah pengagihan paket-paket selesai di Rumah Sakit PDHI, kami langsung ke Pati Asuhan Muhammadiyyah Prambanan untuk mengagihkan barang-barang untuk keperluan anak-anak yatim tersebut. Kedatangan kami disambut oleh Pak Nazir, penjaga anak-anak yatim. Kemudiaan diteruskan oleh ucapan nasihat ringkas dari Puan Sharifah kepada anak-anak yatim tersebut. Suasana syahdu menyelubungi kami dan anak-anak tersebut ketika Puan Sharifah menyampaikan kata-kata nasihatnya. Setelah beramah-mesra dan menyampaikan bantuan kami langsung beredar ke Rumah Sakit Rajawali Citra untuk menyampaikan bantuan yang seterusnya. Di Rumah Sakit Rajawali Citra, kami mengagihkan bantuan seperti biasa. Puan Sharifah juga menyampaikan sumbangan kepada Dr. Suno sebanyak Rp 600 000 untuk membeli working frame. Kebanyakan mangsa gempa di Rumah Sakit Rajawali Citra tidak balik ke rumah masing-masing
LAPORAN MISI KE-5 BANTUAN KEMANUSIAN DI YOGYAKARTA

kerana rumah mereka musnah sama sekali akibat bencana gempa. Jadi, mereka tinggal di rumah sakit buat sementara waktu. Di belakang rumah sakit tersebut, anak-anak yatim yang ibu bapa mereka terkorban akibat bencana, menjadikan ia sebagai kawasan permainan.

Malamnya, kami memenuhi jemputan keluarga Bapak Sunardi yang mengajak kami makan malam bersama. Sebelum itu, kami sempat singgah di Malioboro untuk membeli-belah batik Jawa. Kami pulang sekitar jam 10.30 pm ke Batu Retno kerana kami akan pulang ke tanah air pada keesokkan harinya pada jam 9.00 pagi. Kebetulan Mas Udiy mengajak kami terus ke Solo, tidur di rumah ibu beliau kerana lebih dekat untuk ke lapangan terbang Solo. Jadi, kami tidak perlu berpagi-pagian bertolak dari Batu Retno. Setelah selesai memunggah barang-barang untuk ke Solo dan meninggalkan pesan kepada Sdri Kuza, kami pun mula berangkat ke Solo pada malam tersebut. Sekitar jam 7 am esoknya dan setelah selesai bersarapan, kami terus dihantar ke Bandara Adimarso. Kami menaiki penerbangan Air Asia dan tiba di Terminal LCC-T sekitar jam 12.00 tengahari waktu Malaysia.

Secara keseluruhannya, keadaan mangsa dari segi kesihatan bertambah baik. Cumanya, para mangsa memerlukan rawatan lanjut. Hanya sekitar 2-3 kes yang memerlukan operation dilakukan oleh para doktor. Aspek pemuliharaan dan pembangunan semula yang perlu diberi perhatian. Antara projek-projek yang ingin ditaja boleh dibahagikan kepada 2 kategori – long term projek dan short term projek. Projek-projek yang boleh direncanakan melalui long-term projek adalah seperti pembinaan perumahan sementara di Desa Cenden, pembinaan semula kompleks Pati Asuhan Muhammadiyyah Prambanan dan peralatan-peralatan yang diperlukan oleh rumah-rumah sakit yang pihak GPM berkerjasama (Rumah Sakit Islam PHDI dan Rumah Sakit Rajawali Citra). Contoh peralatan perubatan yang diperlukan adalah working frame. Ini kerana kebanyakan mangsa mengalami patah tulang. Mungkin juga boleh diusahakan sekolah/kompleks rumah anak yatim lengkap dengan guru bagi memberi pendidikan kepada anak yatim berdekatan Rumah Sakit Rajawali Citra. Ini kerana maklumat dari Dr. Suno, anak-anak yatim tersebut hanya dijaga oleh waris keluarga masing-masing. Keadaan ini mengundang ketidakpastian kepada kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim tersebut. Apa yang ditakuti ialah keciciran di kalangan anak-anak ini yang boleh berlaku akibat tiada tindakan susulan yang diambil. Bagi projek-projek short term yang
LAPORAN MISI KE-5 BANTUAN KEMANUSIAN DI YOGYAKARTA

boleh direncanakan adalah menghantar bantuan kelengkapan diri, pakaian harian, pakaian dalam untuk lelaki, wanita dan anak-anak. Selain itu, bagi memberikan pendidikan secara berterusan kepada anak-anak yang menjadi mangsa bencana, mungkin boleh diusahakan menghantar buku-buku untuk tatapan mereka. Ini boleh dilakukan dengan menghantar barang-barang yang telah dinyatakan di atas terus dari Malaysia atau meminta sukarelawan GPM yang ada di sana untuk membeli barang-barang tersebut. Selain itu, mungkin perlu juga diusahakan lebih banyak vitamin, antibiotik untuk anak-anak. Melaui pengalaman membantu Dr. Azmi di pos-pos kesihatan di kawasan Gunung Merapi, ubat-ubatan untuk anak-anak amat kurang. Ramai juga di kalangan anak-anak yang terjejas kesihatannya akibat keadaan yang sesak di pos-pos kesihatan yang disediakan.

Di sini juga dinyatakan saranan dan cadangan bagi memantapkan operasi misi bantuan GPM rentetan bencana yang menimpa. Amat penting bagi setiap wakil dari misi-misi yang datang membantu menurunkan segala laporan dan tindakan susulan yang perlu diambil oleh kumpulan misi yang seterusnya. Tambahan pula, jika terdapat keputusan-keputusan besar yang sudah dibuat dan perlu dilaksanakan oleh misi-misi yang datang kemudiannya. Ini termasuklah laporan harian dan perbelanjaan. Ini mungkin boleh dilakukan dengan menyediakan satu buku log khas di tempat operasi GPM di sana. Ini kerana terdapat beberapa insiden salah faham yang berlaku antara pihak GPM di sana dan pihak yang kita bekerjasama di sana. Moga dengan tindakan ini pihak GPM dapat memantapkan kerjasama dengan NGO-NGO tempatan di mana pihak GPM beroperasi. Di samping itu, ia juga dapat melincinkan segala tindakan yang diambil oleh para sukarelawan GPM yang dihantar melakukan misi bantuan kemanusiaan bukan sahaja untuk bencana kali ini malah untuk di masa-masa akan datang. Kumpulan misi ke-5 yang lebih menumpukan kepada fund-raising ini mengalu-alukan sebarang kritikan membina bagi memantapkan gerak kerja dari semasa ke semasa.





LAPORAN MISI KE-5 BANTUAN KEMANUSIAN DI YOGYAKARTA

Disediakan oleh



NOR AZEERA BINTI MOHD ARIFFIN
Sukarelawan
Global Peace Mission (GPM) Malaysia
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Grup Pengkaji Tamadun Manusia (GPTD)



Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?

More releases in Laporan

21 MEI: KITAB AL-HIKAM >SYARAH SAID HAWA (SIRI 6)
Posted by spp on 2006/5/9 21:02:27 (702 reads)

KITAB AL-HIKAM >SYARAH SAID HAWA (SIRI 6)
KULIAH RUHANIYYAH (SIRI 6)


KITAB AL HIKAM IBN ATA’ILLAH
(Syarah Oleh Syeikh Said Hawa)


Disampaikan oleh:-
Al Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi ZamZam Al Banjari An Nadwi Al Maliki

Tarikh :
21 Mei 2006 (Ahad)

Waktu :
Selepas Solat Maghrib

Tempat :
Surau Anjung Rahmat
Tingkat 3, Bt.6, Jln Gombak,
Kuala Lumpur

Semua dijemput hadir



--------------------------------------------------


Untuk sebarang pertanyaan,
sila hubungi Sekretariat ABIM Pusat di talian 03- 61880300 atau Sdr. Mohamad Raimi (019 3825762)



Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 603-6188 0300
Fax: 603-6189 6700


abim@po.jaring.my
sap@abim.org.my
www.abim.org.my

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?

More releases in Program

CUMA SEDIKIT YANG KU MINTA...BERILAH
Posted by unib on 2006/3/4 14:36:39 (429 reads)

Dalam sesak-sesak nafas
Dalam kecil-kecil langkah
Dalam kusut-kusut fikiran
akhirnya tersedar juga
sodaqallahul 'azim
benarlah Allah Yang Maha Besar
benarlah setiap kata-kataNya
Dia adil memberikan dua puluh empat jam
Dia juga berhak menentukan
apakah kau Kuberikan 24 jam yang lapang
atau 24 jam yang sempit
ketika hidup yang singkat terasa
terlalu panjang
Engkau memberikan aku alasan untuk terus hidup
ketika aku rasakan kembara mencari diri sudah sampai penghujungnya
Engkau goncangkan aku dengan kenyataan sesungguhnya
kembara imanku baru hendak bermula
ketika mulutku melafaz cinta pada-Mu
Kau tuntut bukti dengan tindak-tandukku
Sungguh Ya Allah...
bahagianya jika setiap kalimah-Mu meresap dalam jiwa
sehingga aku menjadi mushaf-Mu yang berjalan di muka bumi
Sungguh Ya Allah...
neraka-Mu dipagari nikmat
dan Engkau pagar syurga-Mu
dengan segala yang dibenci nafsu!
Ya Rahim...
mana mungkin aku pilih jalan ini
jika Engkau tidak memilihku
mana mungkin aku menang
jika Engkau tidak memenangkanku
Ya Allah...
jangan tinggalkan aku sesingkat manapun
meski kekasih-Mu yang lain lebih suci dan ikhlas
daripadaku
kerana Tuhanku...
aku masih berusaha dan tidak putus asa
dengan rahmat-Mu
kasihanilah
pengemis yang bersimpuh di hadapan pintu-Mu ini.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 2 comments

More releases in Ekspresi Puisi

KASIH DAN SAYANG YANG UNIVERSAL
Posted by spp on 2006/2/15 15:08:21 (1032 reads)


Kad ucapan pelbagai bentuk, bunga bertukar tangan, harapannya kasih kan terbentuk, dan hubungan biar berpanjangan. Agaknya itulah yang dirasakan oleh sahabat- sahabat remaja belia kita di luar yang berkasih sayang. Apatah lagi Sambutan 14 Febuari semakin menjelang. Entah tahu entahkan tidak tujuan sambutan, yang penting rasa kesampaian. Banyak versi kalau dapat kita rujuk sejarah Saint Valentine atau Hari Kekasih yang biasanya disambut pada 14 Febuari, tetapi tarikh yang diraikan itu akhirnya lebih kepada menghormati pejuang kekasih, St Valentine yang mati pada tarikh tersebut. Sedar ataupun tidak, sambutan ini walaupun di Malaysia, nyatanya sangat mirip kepada tradisi penganut Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom Kuno, malah ianya langsung tidak berkait rapat dengan sosio- budaya dan amalan masyarakat kita di Malaysia. Justeru, persoalannya, apa yang hendak diraikan? Adakah sepasang kekasih? Atau perasaan kasih terhadap kekasih?

Rating: 10.00 (1 vote) - Rate this News - Read More... | 3168 bytes more | 2 comments

More releases in TOING!

KUALA LUMPUR AKU CABAR KAU...
Posted by spp on 2006/2/12 18:10:00 (1003 reads)







Tindakan beberapa pihak di Eropah khususnya pihak media telah menggugat sensiviti beragama di seluruh dunia dan menaikkan kemarahan umat Islam. Umat Islam seluruh dunia telah menggunakan pelbagai cara untuk menyatakan protes dan bantahan terhadap penyiaran karikatur menghina Rasulullah. Demonstrasi demi demonstrasi, penghantaran memorandum, pemboikotan barangan dan pelbagai cara lagi telah digunakan.

Berdasarkan peristiwa ini, pada tanggal 11 Februari 2006 bersamaan hari Sabtu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) mengadakan aktiviti pengedaran risalah kepada orang ramai bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai sensitiviti agama. Kempen ini dijalankan di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan di sekitar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut ialah di sekitar Kompleks Pertama, Pusat Membeli-belah Sogo, sekitar Jalan Masjid India dan sekitar Masjid Jamek. Matlamat utama kempen ialah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai apa yang telah berlaku dan tindakan yang sepatutnya diambil.

Rating: 9.00 (1 vote) - Rate this News - Read More... | 6085 bytes more | 1 comment

More releases in BANTAHAN & BOIKOT DANISH

BUKU PILIHAN: FALSAFAH DAN AMALAN PENDIDIKAN ISLAM
Posted by spp on 2006/1/24 15:40:00 (766 reads)
Resensi



Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam

Penulis: Wan Mohd Nor Wan Daud
Penerbit: MALAYA
Tahun: 2005
Harga: RM 40.00
Sumber: www.kinibooks.com

Islamisasi ilmu pengetahuan semasa dan pendidikan umay Islam telah banyak diperbincangkan secara serius sejak Persidangan Sedunia Pendidikan Islam yang pertama di Makkah pada 1977, tetapi tidak terdapat usaha yang sistematik dan berwibawa untuk menelusuri sejarah idea-idea penting mengenai kedua-duanya. Kehampaan ini menyukarkan usaha memahami gagasan-gagasan penting dalam pendidikan Islam masa ini, dan menimbulkan banyak masalah dalam pelaksanaan di pelbagai tahap.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 1276 bytes more | 1 comment


ALLAH SAYANG SEMUA
Posted by spp on 2006/1/3 9:30:51 (634 reads)

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?

More releases in Kartun

CERITERA BAHASA MELAYU KITA (SIRI 1)
Posted by spp on 2005/11/10 14:20:00 (4414 reads)


Oleh : Mohd. Hafezi Abdul Hamid

Abstrak

Nota iringan ini tidaklah dianggap sebagai kertas kerja pembentangan melainkan sebagai rujukan untuk memperlihatkan kemantapan dan nilai keantarabangsaan Bahasa Melayu yang telah terbukti sekian lama. Saya mungkin tidak mampu menghasilkan satu kertas kerja yang cukup hebat dan baik isinya seperti pakar-pakar bahasa ataupun bahasawan yang sememangnya sudah cukup ‘masak’ dengan dunia kebahasaan dan peradaban nusantara mahupun mayapada. Dalam keadaan menginsafi kekerdilan diri dari segi keilmuan dan pengalaman, saya tetap cuba menggembleng usaha untuk menghasilkan nota iringan ini (dalam tempoh yang singkat) berdasarkan hasil perbincangan, pendapat, dan nasihat daripada tokoh-tokoh ilmuan, bahasawan, dan budayawan serta rujukan daripada kertas-kertas kerja mereka yang turut membuktikan keampuhan bahasa Melayu dalam segenap bidang termasuklah bidang Sains, Matematik, dan Teknologi. Diharapkan nota iringan ini dapat mencambahkan cakna pemikiran kita terhadap kekuatan bahasa Melayu dan seterusnya mempunyai rasa tanggungjawab dan keyakinan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kembali terutamanya di bidang pendidikan.

Rating: 6.00 (1 vote) - Rate this News - Read More... | 19235 bytes more | 1 comment

More releases in Melayu

RAMADHAN: MEDAN TERBAIK DIDIK ANAK-ANAK
Posted by spp on 2005/10/13 12:30:00 (753 reads)


Ramadhan bertandang lagi. Hadirnya sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Hadirnya ramadhan membawa rahmat, keberkatan dan keampunan. Bukan itu sahaja malah ramadhan merupakan bulan memulihkan kembali hubungan sesama ahli keluarga. Tradisi masyarakat melayu yang ingin bersahur dan berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga pada hari pertama ramadhan masih lagi diamalkan sehingga kini. Alangkah baiknya lagi setelah bersahur, mereka bersama-sama menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid mahupun di rumah dan bersolat maghrib bersama selepas berbuka puasa sebelum ke masjid untuk menunaikan solat isyak dan solat sunat terawih.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 3693 bytes more | 3 comments

More releases in In Deep Thought

PILIHAN RAYA KAMPUS IPTA 2005: KEMENTERIAN SANGKAL DAKWAAN WUJUD PENIPUAN
Posted by spp on 2005/9/29 1:00:00 (1032 reads)

Oleh Syuhada Choo Abdullah

Calon bertanding perlu patuhi garis kriteria yang dikeluarkan IPTA

DAKWAAN kumpulan pelajar tertentu bahawa berlaku unsur penipuan serta ketidakadilan dalam sistem pilihan raya kampus sesi 2005/2006 tidak berasas, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba.

Malah, beliau berkata, proses penamaan calon di 17 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kelmarin, berjalan lancar dengan memberi peluang kepada semua mahasiswa yang memenuhi kriteria ditetapkan.

Dalam konteks ini, katanya, kriteria berkenaan perlu bagi melahirkan pemimpin berkaliber, berkualiti dan intelek, walaupun ia menimbulkan tidak puas hati segelintir pelajar.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 3239 bytes more | 1 comment

More releases in Pilihanraya Kampus 2005

SEJARAH PENUBUHAN
Posted by spp on 2005/8/17 21:40:00 (1024 reads)


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965 PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.

Rating: 10.00 (2 votes) - Rate this News - Read More... | 4060 bytes more | 3 comments

More releases in Profail

MISI TRANSFORMATIF PERSURATAN ISLAM
Posted by spp on 2005/8/17 9:31:01 (951 reads)


Oleh MOHD HILMI RAMLI

SEORANG novelis Russia, Alexander Solzhenitsyn pernah mengatakan bahawa ``Seorang penulis yang agung, adalah untuk bercakap bagi mewakili kerajaan kedua di dalam negaranya. Oleh kerana itu, tiada satu pun rejim yang menyayangi penulis agung itu kecuali beberapa kerat sahaja.'' Kata-kata beliau ini memberi signifikasi bahawa penulis dan tulisannya mampu memberi pandangan alternatif baik, yang mungkin akan menggugat kerajaan ketika itu.

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 5650 bytes more | 1 comment

More releases in Gelanggang Ilmu

AR-RAHMAN : 26
Posted by spp on 2005/8/1 22:40:00 (530 reads)

Rating: 10.00 (3 votes) - Rate this News - Read More... | 2 comments

More releases in Seni Khat

::ANDA ADA MASALAH?::
Anda ada masalah? Keputusan SPM cemerlang tetapi gagal masuk IPT? Sering dibuli di sekolah atau universiti? Putus cinta? Tidak tahu teknik belajar? Masalah kewangan?

Ajukan masalah anda kepada kami, melalui: spp@pkpim.net atau pkpim_spp@yahoo.com.

Kami mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah anda sepenuhnya, akan tetapi kami akan menjadi rakan anda dalam menyelesaikan masalah.



Hakcipta Terpelihara @ Portal PKPIM 2007