U c a p a n T a h u n B a r u
Sekretariat PKPIM Pusat mengucapkan Selamat Tahun Baru

M a k l u m a n
1. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang rencana sila e-melkan ke portal.pkpim@ymail.com | Rencana

2. Diminta anak negeri, kemaskinikan weblog atau laman web dari masa ke semasa BGN

3. Blogger PKPIM dijemput e-melkan pautan URL ke portal.pkpim@ymail.com bersama ikon untuk disenaraikan dalam Blog PKPIM. | BLOG

K h i d m a t  K o m u n i t i
Anda boleh menghantar resume atau CV kepada PKPIM. PKPIM menjadi penyampai hasrat anda untuk mendapatkan pekerjaan untuk disalurkan ke mana- mana peluang pekerjaan yang bersesuaian. Sila hantar ke pkpim_spp@yahoo.com



R a y u a n  I n f a '
Kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk menjayakan program yang telah di atur untuk membangunkan generasi pelajar muslim.

Sumbang terus ke dalam akaun PKPIM

BANK MUAMALAT 1401-0000890-71-7

di atas nama

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA

Apa komen anda terhadap laman web PKPIM yang baru?
 
PKPIM Anjur Multaqa' Nuqaba' Kebangsaan 2010 & Syarahan Ta'dib Perdana PDF Print E-mail
Monday, 25 January 2010 23:58

Dato’ Dr. Siddiq Fadzil bersyarah tentang Ta’dib dan Pemahaman Dalam Perspektif Haraki

24 Januari, Kajang - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Multaqa' Nuqaba' Kebangsaan 2010 pada 22-24 Januari 2010 yang bertempat di Kompleks Darul Hikmah, Kajang. Seramai 80 orang Nuqaba' yang terdiri dari pimpinan dan ahli dari seluruh kampus dan Badan Gabungan Negeri telah menjalani latihan melalui bengkel ceramah dan modul intensif yang bertujuan untuk membentuk nuqaba' PKPIM yang dinamik. Multaqa Nuqaba kali ini telah dibuka dengan Syarahan Ta’dib Perdana yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil dengan membicarakan tajuk Ta’dib dan Pemahaman Dalam Perspektif Haraki. Dalam syarahan tersebut, Dato' Dr Siddiq Fadzil telah menggariskan 10 nilai Ta'dib yang harus dijiwai oleh seluruh aktivis PKPIM dalam membawa Gagasan Ta'dib Kepemudaan sebagai landasan perjuangan jangka panjang.

Dalam pada itu, Nuqaba' yang hadir adalah dalam kalangan yang terpilih untuk memastikan pengisian program ini sampai kepada sasaran yang betul. Selain itu, Nuqaba' yang hadir telah difahamkan dengan asas, matlamat dan dan kaedah dakwah yang berkesan dalam mendepani setiap lapisan masyarakat khususnya mahasiswa. Dinamika dalam melaksanakan taklifan Allah s.w.t. ke atas manusia sebagai hamba dan khalifah, adalah kunci kepada kejayaan penyampaian mesej dakwah.

Sementara itu, penghargaan khusus ditujukan kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) atas  kerjasama dan bantuan dari sudut pengisian dan modul Nuqaba’. Menurut saudara Mohd Akmal Afiq Bin Mohamad yang juga Timbalan Presiden PKPIM, dengan peranan besar yang dimainkan ABIM ini, Multaqa Nuqaba’ yang dianjurkan telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Baca Seterusnya...

 
PKPIM Pimpin Demonstrasi di Kampung Baru PDF Print E-mail
Sunday, 10 January 2010 18:23

 

 

Jumaat 8 Januari 2010- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) telah memimpin satu demonstrasi NGO-NGO Islam bagi membantah penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi.

Perhimpunan aman yang diadakan di Masjid Kampung Baru selepas Solat Jumaat itu telah menghimpunkan beberapa pertubuhan kerajaan Islam lain seperti Wadah Pencerdasan Ummah (Wadah), Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Jemaah Islah Malaysia (JIM), dan beberapa NGO lain.

Perhimpunan yang berlangsung selama hampir 30 minit itu dimulakan dengan ucapan dari Presiden PKPIM saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz dan diikuti Setiausaha Agung ABIM saudara Mohamad Raimi Ab Rahim. Ucapan turut diberikan oleh beberapa wakil NGO Islam lain yang hadir. Baca Seterusnya..

 

 
PKPIM Dapat Kepercayaan Majlis Belia Malaysia (MBM) PDF Print E-mail
Sunday, 10 January 2010 21:06

 

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) terus mendapat kepercayaan Majlis Belia Malaysia (MBM) sebuah pertubuhan belia terbesar yang merangkumi seluruh pertubuhan belia di Malaysia apabila dipilih untuk memimpin badan induk tersebut oleh majoriti sidang perwakilan.

Mantan Presiden PKPIM, Mohd Zaidi Aziz, telah diberikan mandat oleh seluruh perwakilan apabila dipilih untuk memegang jawatan Setiausaha Agung MBM menggantikan Encik Tajudin Ahmad apabila dicalonkan atas tiket PKPIM untuk jawatan tersebut.

Dalam pada itu, calon kedua PKPIM, Hasnul Haniff Harun yang juga Naib Presiden Kebangsaan PKPIM pula telah mendapat undi sebanyak 249 dari kira-kira 300 perwakilan yang melayakkan beliau untuk menjawat jawatan Exco tertinggi MBM untuk penggal 2010/2012. Baca Seterusnya...

 
PKPIM Lancar GERAKAN KEMPEN KESEDARAN GENERASI MUDA BERHUBUNG KES KALIMAH ALLAH PDF Print E-mail
Wednesday, 06 January 2010 07:29

 

 

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

5 Januari 2010 / 19 Muharram 1431

 

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memustuskan untuk membenarkan tuntutan pihak Herald Catholic terhadap kerajaan Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan ‘Herald: The Catholic Weekly’.

Keputusan tersebut telah mengundang kekeliruan khususnya dalam kalangan generasi muda tentang persoalan aqidah dan konsep ketuhanan.  Kekeliruan ini boleh menyebabkan tergugatnya pegangan aqidah mereka yang menjadi kebimbangan utama PKPIM.

Sementara itu, perkembangan ini juga telah menimbulkan kemarahan sebilangan besar umat Islam di Malaysia yang dapat disaksikan menerusi siri bantahan terbuka dan laporan polis yang telah dibuat oleh NGO Islam di seluruh negara.

Atas kebimbangan tersebut, PKPIM merasakan perlunya satu gerakan kesedaran secara besar-besaran dilaksanakan di setiap peringkat masyarakat khususnya generasi pelajar dan mahasiswa. Sehubungan dengan itu, PKPIM melancarkan Gerakan Kempen Kesedaran ”Implikasi Kes Kalimah Allah Terhadap Islam di Malaysia” atau singkatannya GKK-PKPIM

Baca Seterusnya..

 

 

 

 
Pertemuan dengan Datuk Jamil Khir Baharom: PKPIM kemuka tiga tuntutan PDF Print E-mail
Sunday, 10 January 2010 19:57

 

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menerusi Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz telah mengemukakan tiga tuntutan utama kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berhubung isu kalimah Allah sempena pertemuan tergempar NGO-NGO Islam pada 4 Januari 2010 di Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Tuntutan pertama PKPIM ialah dengan menggesa seluruh agensi kerajaan yang bersangkutan dengan Islam untuk memperhebatkan agenda kefahaman dan penjelasan di seluruh negara khususnya di kampus-kampus bagi memastikan seluruh umat Islam benar-benar memahami isu yang menggemparkan negara ini.  

Menurut PKPIM, selain golongan yang membantah, terdapat juga kelompok generasi muda yang menyokong penggunaan Kalimah Allah disebabkan kegagalan mereka memahami isu ini dari kaca mata setempat atau waqiiyyah dan kesan jangka panjang terhadap kesucian Islam di Malaysia. Maka, beberapa usaha termasuk penyelarasan khutbah jumaat di seluruh negara yang bertujuan memahamkan masyarakat dalam isu ini harus dilaksanakan segera. Sementara itu, tuntutan ini juga dipanjangkan kepada semua NGO Islam lain yang turut bertanggungjawab memahamkan masyarakat selain meletakkan fokus advokasi. Baca Seterusnya...

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 45

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com

Pelawat

We have 21 guests online










Page Rank Button