PORTAL PKPIM
Perlunya Memupuk Budaya Rekacipta Dalam Masyarakat PDF Print E-mail
Written by Azrina Binti Sobian   
Tuesday, 28 October 2008 13:17
Budaya rekacipta di kalangan rakyat Malaysia kurang menyerlah dan tidak diberi perhatian yang khusus. Masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu merasakan bahawa amalan merekacipta bukan budaya mereka. Oleh kerana inilah, pada masa kini kita dianggap sebagai satu masyarakat pengguna, iaitu satu masyarakat yang hanya pandai mengguna ciptaan orang lain dan bukanlah masyarakat yang menghasilkan sesuatu ciptaan. Namun sebenarnya, tanggapan bahawa budaya rekacipta bukan budaya masyarakat Melayu juga adalah salah.
Read more...
 
Menjejaki Maqam Sheikh Yusuf al-Makassari dan perjuangannya. PDF Print E-mail
Written by spp   
Thursday, 30 October 2008 10:27

Mungkin dikalangan kita tidak menyedari bahawa terdapatnya tokoh ulama Nusantara yang berjaya membawa seruan dakwahnya sehingga diterima di beberapa benua lain di seluruh dunia. Namanya mungkin agak kurang dikenali berbanding tokoh mujahid dan Ulama lain seperti Imam Hasan al-Banna, Abu A’la Al-Maududi, Syed Qutb, dan sebagainya tetapi itulah Sheikh Yusuf Abul Mahasin Al-Taj Al-Khalwati Al-Makassari Al-Banteni seorang tokoh ilmuan yang dikagumi dan mujahid kepada pembebesan Makassar dan seluruh pulau Sulawesi.Dalam menjejaki tanah asal dan sejarah hidup Ulama tersebut, saya berkesempatan untuk mewakili mahasiswa Malaysia menerusi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam suatu Ekspidisi Pendidikan yang dianjurkan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Union of NGO’s of the Islamic World (UNIW) di Makassar, Indonesia.

Last Updated ( Thursday, 30 October 2008 11:05 )
Read more...
 
Dasar Bumi Hijau benteng krisis ekonomi PDF Print E-mail
Written by Hishamuddin Rais   
Tuesday, 04 November 2008 14:17
Hari ini ekonomi kapitalis sedang menghadapi satu krisis yang amat besar. Kemungkinan dunia kita dibawa kembali ke zaman meleset sama seperti tahun 1929 cukup cerah. Ahli-ahli Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan dana negara sebanyak 700 bilion dolar untuk membantu lembaga-lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain, Gordon Brown telah juga meluluskan 500 bilion pound untuk tujuan yang sama.  Sebuah lembaga penyimpan/peminjam dana – Northern Rocks – telah dimiliknegarakan oleh kerajaan Parti Buruh. Dari mana asal-usul krisis yang menghimpit ekonomi kapitalis ini? Semua ini berpunca daripada asas ekonomi kapitalis yang mengajukan dasar neoliberalisma. Ertinya ekonomi kapitalis yang mengetepikan peranan daulah dan membuka pasaran bebas.
Last Updated ( Tuesday, 04 November 2008 14:19 )
Read more...
 
Trajedi Hitam Di KASHMIR : Dimanakah Penghujungnya? PDF Print E-mail
Written by Firdaus mohd Hamsin   
Thursday, 30 October 2008 13:14

Dalam wacana sempena memperingati tragedi 27 Oktober 1947 ataupun lebih dikenali sebagai Kashmir Black Day baru-baru ini, Prof Arif Zakaullah menegaskan bahawa kemelut yang masih melanda Kashmir sehingga ke hari ini tidak seharusnya dilihat dari perspektif sempit, konflik di antara India dan Pakistan mahupun antara komuniti Islam serta Hindu semata-mata. Sebaliknya, tragedi yang telah meragut ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa itu seharusnya dilihat sebagai sebuah simbol kegagalan masyarakat antarabangsa menangani krisis kemanusiaan yang berlaku di Kashmir . Sebagai contoh, walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) telah mengeluarkan tiga resolusi pada 1948, 1949, serta 1957, ia sekadar terhad di atas kertas semata-mata tanpa ada sebarang usaha yang berkesan yang dilakukan untuk melaksanakannya.

Read more...
 
Obama & Kemenangan Kaum Tertindas PDF Print E-mail
Written by Syed Mikael Rizal Aidid   
Friday, 07 November 2008 08:26
Seluruh dunia bergembira dan berkongsi satu harapan ke arah dunia yang lebih aman. Sambutan gilang gemilang dari Kenya yang mengisytiharkan cuti umum kepada rakyatnya sehinggalah ke sebuah bandar yang kebetulan namanya Obama City di Jepun, turut bersorak ke tahap menitiskan air mata kerana satu kemenangan. Kemenangan seorang pemimpin dari blok kaum yang tertindas. Inilah kali pertama dalam lembaran sejarah negara Amerika Syarikat atau negara 'polis' dunia itu, dipimpin oleh manusia berkulit hitam iaitu Senator Barrack Hussain Obama.
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 46