Televisyen Menghakis Kesucian 1 Syawal PDF Print E-mail
Sunday, 05 September 2010 15:37

Setiap tahun Aidilfitri datang dan pergi sebagai kurnia dan anugerah Allah kepada hambanya untuk meraikan kemenangan dalam menghadapi dugaan setelah menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadan. Maka saban tahun umat Islam bergembira merayakan Aidilfitri dengan mengamalkan tradisi balik ke kampung untuk menemui ayah bonda serta sanak saudara. Tidak kurang juga ada yang kunjung-mengunjung ke rumah jiran-jiran yang berdekatan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan jalinan persaudaraan sesama mereka.

Namun dalam kemeriahan kita menyambut hari lebaran, kita sering kali dibudayakan dengan cara sambutan yang tidak wajar dan dilihat bertentangan dengan amalan sebenar dalam menyambut kedatangan 1 Syawal. Setiap tahun apabila menjelangnya Aidilfitri, pelbagai program dan pengisian yang berbentuk hiburan melampau disajikan oleh televisyen. Ia seolah-seolah tidak ubah seperti persaingan antara syaikat-syarikat media untuk mendapat tempat di hati masyarakat Islam di Malaysia dan bukan lagi dianggap sebagai amanah dan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat. Akibatnya, pelbagai bentuk rancangan yang tidak wajar dipertontonkan menerusi televisyen bagi mengisi kekosongan Aidilfitri. Lantaran itu, hari mulia 1 Syawal telah dicemari dengan pelbagai bentuk hiburan melampau yang bertentangan dengan norma-norma serta nilai-nilai hidup bangsa dan agama kita.

Ia secara tidak langsung akan mengubah persepsi generasi muda yang tersalah faham dengan meletakkan televisyen sebagai teras utama dalam menyambut Aidilfitri. Sebagai contoh kebanyakan dari kita terlalu leka dengan sajian hiburan yang melampau sedangkan tanggungjawab sebenar dalam melakukan perkara-perkara yang dituntut seperti amalan ziarah, bertegur sapa, bermaaf-maafan dan sebagainya diabaikan. Tidak kurang ada yang sanggup menghabiskan sepanjang hari dengan pergi ke panggung wayang untuk menonton filem yang diuar-uarkan menarik sehingga melupakan amalan ziarah-menziarahi. Maka, dengan sajian-sajian sedemikian, akan menyebabkan terhakisnya nilai-nilai kemuliaan Aidilfitri sebenar yang dipraktikkan semenjak dahulu lagi sehingga menjadi amalan tradisi kita.  Baca Lagi...

 
Merdeka & Sarwa Pandang Anak Muda PDF Print E-mail
Thursday, 02 September 2010 05:16

Abad ini telah menyaksikan dunia Islam mengalami suatu proses transisi untuk membebaskan dirinya daripada cengkaman penjajah. Malangnya, perkembangan dunia Islam selepas perjuangan kemerdekaan rata-ratanya kosong dari segi roh penghayatan dan pengisian kemerdekaan. Sebagai contoh, di sesetengah negara, penjajah telah digantikan dengan diktator pribumi yang adakalanya lebih kejam dari penjajah yang diusir. Sementara itu, krisis akhlak dan jati diri anak muda di negara yang disebut juga semakin menular dan telah melepasi garis kebimbangan. Ditambah pula dengan sifat dan adab murni mereka yang sudah ditutupi oleh tabir kenyataan masyarakat yang secara zahir dhaif budinya.

Situasi ini menuntut suatu rencah baru untuk disajikan kepada generasi muda hari ini. Secara umumnya, perencanaan yang kita laksanakan secara rutin sebagai bentuk menifestasi untuk menghargai peristiwa 31 Ogos 1957 masih memperlihatkan kekurangan yang harus diperbaiki. Ini mungkin dapat dilihat dengan lebih ketara menerusi sambutan kemerdekaan tanpa disusuli dengan penghayatan dan dijiwai roh pengisian kemerdekaan sebenar. Baca Lagi...

 
PKPIM hantar wakil ke Indonesia PDF Print E-mail
Friday, 27 August 2010 07:17

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menghantar wakil ke Indonesia bagi mengukuhkan 'Rukun Muafakat' yang dipersetujui dengan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PPI).

 

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pengukuhan semangat yang dipersetujui dalam Rukun Muafakat itu perlu dalam menghadapi ancaman yang mungkin timbul terhadap pelajar Malaysia di republik itu.

Beliau bimbang sekiranya demonstrasi yang berlarutan di Indonesia sejak minggu lalu akan mencetuskan insiden kekerasan terhadap pelajar Malaysia di negara itu.

Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai demonstrasi di depan kedutaan Malaysia di negara itu semalam yang turut melibatkan beberapa pertubuhan mahasiswa negara itu. Baca Lagi...

 
Masalah buang bayi perlukan penyelesaian jangka panjang PDF Print E-mail
Wednesday, 25 August 2010 12:13

LANGKAH kerajaan memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati adalah wajar.

Jenayah itu juga boleh disiasat sebagai kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Keputusan itu adalah wajar kerana gejala pembuangan bayi semakin meruncing. Malah, hukuman berkenaan juga adalah satu bentuk pendidikan kepada pesalah dan masyarakat secara keseluruhannya berkaitan jenayah ini.

Namun, usaha ini hanya untuk jangka pendek sekadar mencantas ranting permasalahan sedangkan akarnya masih kuat. Oleh itu, satu usaha jangka panjang harus dilaksanakan segera.  Baca Lagi...

 
Konflik Malaysia-Indonesia: PKPIM Desak Hormati Rukun Muafakat PDF Print E-mail
Tuesday, 24 August 2010 09:56

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

24 Ogos 2010/ 14 Ramadhan 1431 H

KONFLIK MALAYSIA-INDONESIA: PKPIM DESAK HORMATI RUKUN MUAFAKAT

 

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada  tindakan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang dilaporkan telah melemparkan najis ke dalam perkarangan kedutaan termasuk bendera Malaysia sambil dipijak-pijak dalam satu tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Jakarta.

PKPIM menggesa agar agar seluruh mahasiswa dan generasi muda Indonesia supaya bertenang dan jangan sama sekali terpengaruh dengan tindakan provokasi murahan yang sengaja diadakan oleh pihak tertentu untuk menjerumuskan umat Islam kedua-dua negara ke dalam konflik yang direncanakan.

Justeru, PKPIM mendesak agar seluruh anak muda khususnya mahasiswa Indonesia agar sama-sama menghormati lima Rukun Muafakat dan pendirian bersama yang dicapai sebagai panduan dan inisiatif untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan. Baca seterusnya...

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 52

Perhubungan

logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com

Pelawat

We have 16 guests online