PETISYEN MEMBANTAH PPSMI

PMGK 09 Berlangsung Dengan Jaya PDF Print E-mail
Written by spp   
Thursday, 11 June 2009 16:40

Penganjuran Perkampungan Menara Gading Kebangsaan  2009 (PMGK 09) telah berlangsung dengan jayanya. Program tersebut berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan pada 4 hingga 6 Jun yang lepas. Seramai 80 orang peserta lepasan SPM, STPM dan STAM 2008 telah berkampung di program tersebut selama tiga hari dua malam.

PMGK 09 telah dirasmikan oleh Y.B. Amirudin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves. Sepanjang program tersebut, para peserta telah didedahkan dengan kehidupan alam kampus yang bakal mereka tempuhi. Mereka turut dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran yang menjadi nilai tambah buat mereka sebagai mahasiswa. Para peserta yang hadir daripada seluruh negara terdiri daripada pelbagai latarbelakang.Merekatelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dipandu oleh seorang fasilitator yang bertindak sebagai mentor.

Menurut Pengarah PMGK 09, Sdr. Azizan Ajiji, PMGK 09 telah membina impak tersendiri dengan kehadiran para peserta yang cukup komited dan ceria. Program kali ini nyata berlainan dengan tahun-tahun sebelum ini apabila modul yang dirangka juga menepati citarasa semasa generasi muda untuk lebih mudah mengenali dan mendekati mereka. Berbeza dengan program-program lain yang terlalu rigid dan bersifat skeptik, PKPIM membawa pendekatan yang segar untuk menjana generasi peneraju tamadun khayra ummah. Beliau juga memaklumkan bahawa gambar-gambarPMGK 09 sedang dimuat naik di blog rasmi PMGK 09 di http://pmgk2009.blogspot.com

Sebagai kesinambungan program tersebut, para fasilitator yang bertindak sebagai mentor akan terus memandu para peserta untuk mampu berdikari dan mencipta ruang peluang bagi diri sendiri untuk menyerlah sepanjang pengajian mereka di institut pengajian tinggi. Para peserta turut dibekalkan dengan pelbagai nasihat dan teguran untuk membentuk keperibadian dan perwatakan diri agar menjadi mahasiswa yang erba boleh dan berdaya saing.

Dengan kejayaan PMGK 09 kali ini, PKPIM melihat ke hadapan untuk meneruskan program tahunan ini yang menjadi salah satu identiti PKPIM di kalangan para pelajar. PKPIM komited untuk menggerakkan Badan-Badan Gabungan Negeri PKPIM pada tahun hadapan untuk menganjurkan Perkampungan Menagar Gading di setiap Negeri secara besar-besaran dan untuk kemuncaknya, nantikan Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2010.

 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com