PETISYEN MEMBANTAH PPSMI

PKPIM Sokong Cadangan Sekolah Satu Aliran PDF Print E-mail
Written by spp   
Monday, 02 November 2009 13:24

 

 

 
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim minggu lepas yang menyatakan bahawa sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai kerana sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.

Dalam meniti dasawarsa ke enam usia Malaysia, sudah tiba masanya dasar pengasingan aliran pendidikan yang diwarisi semenjak zaman penjajah dikaji semula kerelevanannya memandangkan usaha untuk membentuk kepelbagaian menjadi kesatuan masih gagal dilaksanakan. Maka, PKPIM menyokong penuh sistem pendidikan satu aliran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sebagai wadah perpaduan yang berkesan di kalangan pelajar.  

Walau bagaimanapun PKPIM berpendapat perlunya penyusunan dan penstrukturan semula dasar, unsur, dan intipati sekolah satu aliran bagi memastikan rencah yang diimplimentasi benar-benar mampu membawa agenda perpaduan nasional. Lantaran itu, pihak PKPIM mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk menganjurkan siri perbincangan dan persidangan yang melibatkan semua pihak bagi membentuk konsep sekolah satu aliran yang jelas dan mampu menjadi cerminan kepada ketiga-tiga identiti bangsa dengan menyatupadukan identiti dan kebudayaan rakyat pelbagai kaum. Baca seterusnya...

Dalam pada itu, PKPIM juga menegaskan bahawa semua sekolah dan guru di seluruh peringkat harus berperanan sebagai agen yang membentuk perpaduan pemikiran dan sosial para pelajar dengan memberi penekanan terhadap subjek-subjek yang berunsur kenegaraan, warisan dan sejarah kepelbagaian kaum, dan seumpama denganya. Berdasarkan situasi semasa, penekanan terlalu diberikan kepada subkek-subjek yang bersifat teknikal sehingga pelajar kurang didedahkan dengan penghayatan perpaduan dan kenegaraan Malaysia. Lebih malang lagi, subjek yang bersifat sains kemanusiaan juga hanya diajar sebagai fakta untuk peperiksaan tetapi gagal disusuli dengan penghayatan ruh di sebalik makna pendidikan tersebut.

Sebagai contoh subjek Bahasa Melayu hanya sekadar diajar untuk memenuhi silibus pendidikan tetapi tidak ditekankan peranan dan penghayatannya sebagai bahasa dan alat perpaduan pelbagai kaum. Jika situasi ini berterusan kesepaduan tidak akan tercapai walaupun dasar pendidikan satu aliran telah dilaksanakan.

Maka, bagi membentuk kesepaduan masyarakat di kalangan para pelajar, dasar pendidikan satu aliran yang berteraskan satu konsep yang jelas adalah merupakan medan terbaik yang harus dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, peranan besar yang diberikan kepada sekolah dan guru  untuk menyatupadukan para pelajar harus digalas dengan sebaik-baiknya memandangakan pihak guru adalah merupakan kayu ukur sebenar kejayaan sesuatu dasar pendidikan.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga berpendapat isu perpaduan tidak seharusnya ditekankan dalam ruang lingkup sekolah semata-mata tetapi harus melibatkan generasi muda dan masyarakat Malaysia secara menyeluruh melalui penekanan dan penegasan terhadap dasar kebangsaan di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.


 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com