PETISYEN MEMBANTAH PPSMI

PKPIM SOKONG DIWUJUDKAN SEMULA SUDUT PIDATO PDF Print E-mail
Written by spp   
Saturday, 02 January 2010 10:15

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam akhbar yang bertarikh 31 Disember 2009 untuk mewujudkan semula sudut pidato di setiap universiti dalam Negara.

PKPIM menyokong penuh pandangan tersebut memandangkan ia berupaya untuk menghidupkan kembali budaya ilmu dan intelektual di yang telah malap sekian lama di universiti selain mengangkat peranan utama universiti itu sendiri sebagai pusat keilmuan dan pendidikan.

Dalam pada itu, ia mampu meluaskan pemikiran dan kepekaan mahasiswa terhadap isu-isu semasa yang melingkari masyarakat dan mahasiswa. Ia sememangnya merupakan medium terbaik bagi mereka menyatakan idealisme, pandangan, dan keperihatinan mereka.

PKPIM juga beranggapan bahawa sudut pidato ini secara langsung akan memangkin pembentukan generasi mahasiswa glokal yang hebat lantaran dari budaya pertembungan intelektual dan idea yang berlaku memandangkan pidato bukan sekadar seni melontarkan kata-kata, tetapi juga merupakan seni untuk melontarkan kebijaksanaan. Baca Seterusnya…

Sementara itu, dengan diwujudkan semula Sudut Pidato ini juga, ia dilihat amat selari dengan prinsip kebebasan bersuara seperti mana yang terkandung dalam perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

PKPIM juga ingin menegaskan bahawa dalam menyahut pandangan ini, mahasiswa seharusnya berpegang kepada idealisme perjuangan mahasiswa yang tulen yang bersikap bebas dari pengaruh mana-mana parti politik serta bergiat atas kapasiti masyarakat sivil untuk bersama membangunkan masyarakat.

Bagi membentuk kepimpinan jangka panjang, mahasiswa harus sentiasa berpegang kepada kepimpinan berilmu, al-qaid al-mufakkir dengan memastikan dirinya adalah ilmuan sejati dan bukannya sekadar mengaku ilmuan tetapi berperangai seperti pahlawan kuda kepang yang hanya tahu mengangguk apabila ditunggang parti politik atau dalam erti kata lain tidak mempunyai prinsip dan pendirian sendiri sebagai pemimpin.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk menyahut pandangan tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab dan iltizam sebagai nadi kepada pembangunan mahasiswa sendiri. Sebagai pemimpin negara masa hadapan, kita harus sedar bahawa mahasiswa harus mencari medium untuk membugar proses kematangan berfikir dan memimpin.

 

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ (860813-38-5543)

Presiden,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

 

 

 

 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com