PETISYEN MEMBANTAH PPSMI

KES KALIMAH ALLAH: PKPIM GESA KEMUKA RAYUAN PDF Print E-mail
Written by spp   
Saturday, 02 January 2010 10:19


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkenaan kes tuntutan pihak Herald Catholic terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak 'Herald Catholic Weekly'.

PKPIM menggesa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengemukakan rayuan secepat mungkin untuk menyemak semula keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam cetakan bahasa Melayunya. PKPIM juga melahirkan sokongan penuh kepada usaha pihak Kementerian  selama ini yang bertegas untuk terus tidak membenarkan tuntutan yang disalurkan mereka kepada pihak  berkuasa. 

PKPIM ingin menegaskan bahawa dalam konteks masyarakat Malaysia dan alam Melayu, kalimah Allah adalah bersifat eksklusif yang hanya merujuk kepada konsep tuhan yang difahami oleh umat Islam sahaja.

Jika kita menelusuri sejarah Melayu sebelum kedatangan Islam, kalimah Allah tidak digunakan sebagai rujukan kepada tuhan, tetapi istilah Allah ini hanya wujud dan sebati dalam masyarakat Melayu selepas berlakunya proses Islamisasi akar budaya dan bahasa. Baca Seterusnya..

 

Dalam pada itu, jika diteliti dari perspektif bahasa asal, seperti yang kita sedia maklum, bahasa asal al Quran adalah Bahasa Arab manakala bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek. Justeru, kalimah yang merujuk kepada istilah tuhan dalam terbitan Herald sepatutnya menggunakan istilah yang diguna pakai dalam bahasa Greek memandangkan kalimah Allah itu adalah pinjaman dari bahasa Arab (Al-Quran).

Sementara itu, PKPIM mengalu-alukan keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 yang melarang mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. PKPIM berpandangan keputusan tersebut adalah tepat, tuntas, dan seharusnya dihormati dan dipertahankan.

Dalam situasi semasa, PKPIM berpandangan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tersebut akan memberi kesan besar kepada institusi agama Islam di Malaysia. Dengan keputusan penghakiman yang telah menetapkan bahawa Kalimah Allah tidak lagi eksklusif untuk umat Melayu Islam, maka, kalimah Allah akan diguanakan secara berleluasa oleh agama lain untuk kepentingan tertentu. Lantaran itu, tidak mustahil jika satu masa nanti nama gereja di Malaysia akan ditukar kepada baitullah, kitab Bible Kristian akan ditukar kepada nama kitab Allah, serta kedai makan bukan muslim juga akan metakkan kalimah Allah. Maka, masyarakat Malaysia akan terus keliru dengan fahaman pluralisme agama yang menular secara bebas. 

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM menyeru agar seluruh pertubuhan Islam dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk terus menggandakan usaha bagi menggerakkan aktiviti dakwah dan ta’dib bagi memastikan kefahaman umat Islam dapat dipertingkatkan.

Permasalahan ini tidak akan timbul jika kefahaman Umat Islam Malaysia khususnya generasi muda terhadap konsep aqidah benar-benar jelas dan mantap.

 

 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com