PETISYEN MEMBANTAH PPSMI

Kalimah Allah: PKPIM Buat Laporan Polis PDF Print E-mail
Written by spp   
Monday, 04 January 2010 07:32

KUALA LUMPUR 3 Januari 2010: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama 12 badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini telah membuat laporan polis kerana membantah tindakan majalah Herald The Catholic Weekly, menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Laporan yang dibuat kira-kira pukul 3.00 petang di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur tersebut dibuat atas dasar kebimbangan akan wujud pihak yang menganggap institusi kehakiman sivil telah menghina Islam dengan berdasarkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Khamis lalu.

Sementara itu, dalam laporan tersebut juga, PKPIM menuntut agar satu siasatan dijalankan ke atas pengurusan dan penganjur gereja akan motif dan agenda tersembunyi mereka menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya yang dilihat mahu melanggar Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memandangkan diketahui umum bahawa kalimah Allah hanya serasi dengan masyarakat Melayu Islam sahaja.

Dalam pada itu, antara NGO lain yang terlibat membuat laporan polis ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Belia 4B, dan sebagainya.  Sebelum itu, kesemua NGO tersebut telah berkumpul di hadapan IPD Sentul kira-kira beberapa minit sebelum laporan dibuat.

 Laporan disusuli dengan satu sidang media khas bagi menerangkan tujuan utama laporan ini dibuat. Dalam sidang media tersebut, kesemua NGO bersepakat untuk tetap dengan pendirian menggunakan apa jua cara yang dibenarkan undang-undang untuk terus membantah penggunaan Kalimah Allah ini oleh pihak bukan Islam. Ini memandangkan, ianya boleh mengganggu ketenteraman umat Islam dan mengakibatkan Negara menjadi kucar-kacir akibat prasangka dan perbalahan agama yang bukan mudah untuk dileraikan.

Dalam perkembangan berkaitan, NGO juga bersepakat bahawa mereka bertindak atas semangat Rukun Negara pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan di mana Tuhan itu sebagai satu istilah umum dan setiap agama di Negara ini menggunakan perkataan Tuhan sebagai kata umum.

 

 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com