PETISYEN MEMBANTAH PPSMI

PKPIM Lancar GERAKAN KEMPEN KESEDARAN GENERASI MUDA BERHUBUNG KES KALIMAH ALLAH PDF Print E-mail
Written by spp   
Wednesday, 06 January 2010 07:29

 

 

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

5 Januari 2010 / 19 Muharram 1431

 

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memustuskan untuk membenarkan tuntutan pihak Herald Catholic terhadap kerajaan Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan ‘Herald: The Catholic Weekly’.

Keputusan tersebut telah mengundang kekeliruan khususnya dalam kalangan generasi muda tentang persoalan aqidah dan konsep ketuhanan.  Kekeliruan ini boleh menyebabkan tergugatnya pegangan aqidah mereka yang menjadi kebimbangan utama PKPIM.

Sementara itu, perkembangan ini juga telah menimbulkan kemarahan sebilangan besar umat Islam di Malaysia yang dapat disaksikan menerusi siri bantahan terbuka dan laporan polis yang telah dibuat oleh NGO Islam di seluruh negara.

Atas kebimbangan tersebut, PKPIM merasakan perlunya satu gerakan kesedaran secara besar-besaran dilaksanakan di setiap peringkat masyarakat khususnya generasi pelajar dan mahasiswa. Sehubungan dengan itu, PKPIM melancarkan Gerakan Kempen Kesedaran ”Implikasi Kes Kalimah Allah Terhadap Islam di Malaysia” atau singkatannya GKK-PKPIM

Baca Seterusnya..

 

 

 

Tujuan utama pelancaran GKK-PKPIM adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menerapkan kefahaman Islam sebenar serta merungkaikan kekeliruan yang berlaku berikutan implikasi kes kalimah Allah terhadap Islam dan masyarakat umum. Menerusi platform ini, PKPIM akan menggerakkan beberapa siri program kesedaran seperti forum dan wacana ilmiyah, diskusi umum, pengedaran risalah, penerbitan makalah dan poster kesedaran, serta munajat perdana. Gerakan ini akan dimobilisasikan ke seluruh negara dengan mensasarkan para pelajar dan mahasiswa secara menyeluruh.

 

Dalam perkembangan berkaitan, gerakan ini mendapat dokongan lebih 20 persatuan pelajar yang turut disertai oleh 13 Badan Gabungan Negeri (BGN) PKPIM dan kelab-kelab mahasiswa di IPTA dan IPTS.    

PKPIM berharap agar dengan gerakan kempen kesedaran ini dapat menanam kesedaran generasi muda terhadap kes ini seraya merungkaikankekeliruan dan salah tanggap yang melingkari persoalan aqidah dan teras kepercayaan umat Islam. Atas rasa tanggungjawab, PKPIM menyeru lebih banyak pihak untuk tampil dan memberikan sokongan untuk menjayakan gerakan ini. 

Dalam pada itu, PKPIM mendesak supaya semua pemimpin Melayu Islam bagi semua parti politik iaitu UMNO, Pas, dan PKR untuk duduk semeja bersepakat mengeluarkan satu kenyataan dan pendirian bersama untuk bersama-sama mempertahankan Kalimah Allah. PKPIM bersedia menjadi NGO yang berperanan sebagai pihak ketiga untuk menghubungkan ketiga-tiga parti politik.

 

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

 

 

 

 

 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com