PETISYEN MEMBANTAH PPSMI

PKPIM Pimpin Demonstrasi di Kampung Baru PDF Print E-mail
Written by spp   
Sunday, 10 January 2010 18:23

 

 

Jumaat 8 Januari 2010- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) telah memimpin satu demonstrasi NGO-NGO Islam bagi membantah penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi.

Perhimpunan aman yang diadakan di Masjid Kampung Baru selepas Solat Jumaat itu telah menghimpunkan beberapa pertubuhan kerajaan Islam lain seperti Wadah Pencerdasan Ummah (Wadah), Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Jemaah Islah Malaysia (JIM), dan beberapa NGO lain.

Perhimpunan yang berlangsung selama hampir 30 minit itu dimulakan dengan ucapan dari Presiden PKPIM saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz dan diikuti Setiausaha Agung ABIM saudara Mohamad Raimi Ab Rahim. Ucapan turut diberikan oleh beberapa wakil NGO Islam lain yang hadir. Baca Seterusnya..

 

Ketika berucap, saudara Faisal menegaskan bahawa isu kalimah Allah ini bukan satu isu yang kecil tetapi melibatkan kesan jangka panjang terhadap masa depan Islam di Malaysia khususnya dalam perspektif sosial dan undang-undang. Saudara Faisal juga menyeru agar semua pemimpin Islam untuk duduk semeja dan keluarkan satu pendirian bersama untuk pertahankan Kalimah Allah ini. 

 

Sementara itu, Saudara Raimi pula mengingatkan kita tentang cubaan demi cubaan pihak kuffar selama ini untuk mencabar kedaulatan Islam di Malaysia. Menurut beliau, sebelum ini kita telah bersabar dengan beberapa cubaan menerusi kes Natrah, Lina Joy, Moorthy, dan sebagainya. Maka, menurut beliau lagi sudah tiba masanya untuk kita bangkit pertahankan kesucian Islam di negara kita ini.

Dalam perhimpunan tersebut beberapa sepanduk bertulisan telah dinaikkan, antaranya tertulis ' Hidup Islam', 'Jangan cabar toleransi Islam' dan 'Kalimah Allah hanya untuk kami'.

Perhimpunan tersebut diakhiri dengan sidang media dan bacaan “Deklarasi Kampung Baru NGO Islam” yang dibacakan oleh saudara Raimi yang menggariskan tujuh tuntutan. Bacaan deklarasi yang disaksikan lebih dari 2,000 umat Islam yang hadir itu turut dibacakan oleh gabungan NGO-NGO Islam yang lain dalam beberapa perhimpunan di masjid  di seluruh negara.

Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya.  Keputusan itu mengundang reaksi negatif dan bantahan besar-besaran oleh sebilangan besar NGO Islam dalam kelompok masyarakat Malaysia. 

 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com