PETISYEN MEMBANTAH PPSMI

PKPIM Dapat Kepercayaan Majlis Belia Malaysia (MBM) PDF Print E-mail
Written by spp   
Sunday, 10 January 2010 21:06

 

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) terus mendapat kepercayaan Majlis Belia Malaysia (MBM) sebuah pertubuhan belia terbesar yang merangkumi seluruh pertubuhan belia di Malaysia apabila dipilih untuk memimpin badan induk tersebut oleh majoriti sidang perwakilan.

Mantan Presiden PKPIM, Mohd Zaidi Aziz, telah diberikan mandat oleh seluruh perwakilan apabila dipilih untuk memegang jawatan Setiausaha Agung MBM menggantikan Encik Tajudin Ahmad apabila dicalonkan atas tiket PKPIM untuk jawatan tersebut.

Dalam pada itu, calon kedua PKPIM, Hasnul Haniff Harun yang juga Naib Presiden Kebangsaan PKPIM pula telah mendapat undi sebanyak 249 dari kira-kira 300 perwakilan yang melayakkan beliau untuk menjawat jawatan Exco tertinggi MBM untuk penggal 2010/2012. Baca Seterusnya...

Tidak ketinggalan, calon dari Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ahmad Saparuddin Yusup turut dipilih untuk memegang jawatan Exco tertinggi MBM apabila mendapat jumlah undi antara tertinggi iaitu sebanyak 296.

Dengan kemenangan ini, PKPIM optimis untuk menggerakkan seluruh mahasiswa untuk bergiat aktif dalam program-program berbentuk kesukarelawan, intelektualisme, dan advokasi yang dianjurkan pertubuhan belia berkenaan memandangkan program sebegini mendapat sambutan yang amat dingin oleh generasi mahasiswa.

Maka, menurut PKPIM, sudah tiba masanya bagi kita untuk merencanakan formula baru bagi memastikan seluruh mahasiswa yang berjumlah sekitar 130,000 ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin agar  sumbangan mereka kepada masyarakat menerusi pertubuhan belia ini dapat disalurkan.

Dalam pemilihan tersebut juga, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dari Majlis Belia Pulau Pinang telah dipilih sebagai Presiden bagi menggantikan Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Mohd Shukor Md Yusof dari Gerakan Belia 4B pula diamanahkan sebagai Timbalan Presiden untuk menggantikan Datuk Idris Haron.

Sejarah telah membuktikan bahawa MBM pernah diketuai oleh beberapa pemimpin yang lahir dari PKPIM antaranya termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim (1974-1976), Datuk Fuad Hassan (1992-1994) dan Datuk Saifuddin Abdullah (1998-2000).  

 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com