PKPIM SAH BERDAFTAR DENGAN PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA MALAYSIA PDF Print E-mail
Written by spp   
Monday, 18 May 2009 17:03

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kini telah sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dengan No. Pendaftaran: PPBM 0022/08. Sijil pendaftaran PKPIM diserahkan oleh Cik Zainab mewakili Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia kepada Mariati Roslan, Bendahari PKPIM yang mengetuai delegasi PKPIM pada penyerahan sijil tersebut, Khamis (14 Mei) yang lalu.

Akta tersebut yang berkuatkuasa bermula 1 Januari 2007 mewajibkan setiap pertubuhan belia yang termasuk di bawah definasi belia Akta tersebut didaftarkan di bawahnya. Manakala pertubuhan belia yang telah pun berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966, turut dikehendaki diaftarkan semula di bawah Akta tersebut.

Dengan kesahan pendaftaran PKPIM di bawah Akta tersebut, merancakkan lagi penyertaan ahli-ahli PKPIM di seluruh negara khususnya golongan pelajar dan mahasiswa untuk melibatkan diri secara sah dan aktif di lapangan masyarakat. PKPIM juga akan lebih komited dengan penyertaan ahli-ahlinya di peringkat universiti awam dan swasta.

 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com