|
|
PKPIM Komited Teruskan Kuliah Pengajian Kilat Kitab-Kitab Turath |
|
|
|
|
Written by spp
|
|
Monday, 25 May 2009 12:42 |
|
24 Mei, Kajang - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) komited untuk meneruskan Kuliah Pengajian Kilat Kitab-Kitab Turath pada masa akan datang. Abdul Muntaqim Zulkipli, Timbalan Presiden PKPIM di dalam ucapan penutupan program tersebut menyatakan bahawa program tersebut adalah perlu bagi umat Islam yang beri'tiqad dengan aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah pada hari ini di dalam mendepani cabaran yang menggasak dari dalam dan luar. Kejahilan umat Islam dalam soal Aqidah yang menjadi tunjang utama Islam akan menyesatkan kefahaman dan seterusnya merosakkan amal ibadah seharian.
Kuliah Pengajian Kilat Kitab-Kitab Turath kali ini membariskan tiga orang penceramah yang mengajar secara talaqqi melalui pengajian kitab secara bersanad. Panel penceramah yang dijemput adalah al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Mat Zin al-Ghari, al-Fadhil Ustaz Mohd. Rasyiq Alwi dan al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim. Kitab yang dibedah adalah Kitab I'tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu Asakir.Program kali ini juga membentangkan Syarah Kitab Aqidah Muslimin dan kertas kerja bertajuk "Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Wahhabi & Hizbu Tahrir)". Para peserta juga telah diijazahkan dengan sanad Kitab AqidahIbnu Asakir. Program selama dua hari ini telah disertai hampir 50 orang peserta daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang. Peningkatan jumlah mahasiswa yang menyertai program ini berbanding yang lepas juga menunjukkan petanda baik. Justeru, golongan mahasiswa diseru untuk bersama-sama PKPIM di dalam memastikan umat Islam beri'tiqad dengan aqidah yang benar dengan menyebarluaskan program seumpama ini di dalam kampus masing-masing.
|
|
|
|
|
|
Perhubungan
Sekretariat PKPIM Pusat Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah, Batu 6 1/2, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
Telefon: +603-6184 2286 Faks: +603-6184 2285 Laman Sawang: www.pkpim.net Emel: pkpim_spp@yahoo.com
|
|