PKPIM Ikrar Teruskan Perjuangan Islam PDF Print E-mail
Written by spp   
Monday, 15 June 2009 19:07

14 Jun, Rembau - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di sini hari ini selesai menganjurkan Kursus Latihan Kepimpinan Kebangsaan 2009 bertempat di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa. Program tersebut yang bermula pada 12 Jun lepas berlangsung selama tiga hari dua malam.  Seramai 90 peserta yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin PKPIM di peringkat negeri dan universiti daripada seluruh negara telah menyertai program tersebut.

Para peserta program telah melalui latihan kemahiran secara intensif melalui siri ceramah, bengkel dan latihan dalam kumpulan. Ia bertujuan untuk memastikan supaya para peserta dapat menghadam dan menghayati mesej-mesej yang disampaikan di dalam program kali ini. Di antara penceramah-penceramah yang turut dijemput untuk mengisi program ini adalah, Tuan Haji Yusri Mohamad, Presiden ABIM, Dr. Amran Muhammad, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Syed Munawwar, Mantan Setiausaha PKPIM (sekarang personaliti TV 1) dan Sdr. Mohd. Raimi Rahim, mantan Presiden PKPIM (sekarang Penolong Setiausaha ABIM).

Program ini turut dirangka khas untuk memastikan supaya para peserta dapat memahami mese-mesej program kali ini secara teori dan menterjemahkannya melalui penghayatan secara praktikal. Semua ini demi menjamin kesinambungan perjuangan dakwah PKPIM di pentas umat dalam masa-masa mendatang. Menurut pengarah program kali ini, Sdr. Akmal Afiq Mohamad, para peserta telah menunjukkan komitmen luar biasa dan ini merupakan tanda positif di dalam arus perjuangan generasi muda Islam sebagai peneraju tamadun khayra ummah.

Program ditamatkan dengan Sidang Muzakarah Khas yang menyaksikan para peserta bangkit menyuarakan tekad dan semangat demi memastikan PKPIM terus konsisten dan kekal komited meneraju generasi muda Islam hari ini dan masa depan. Presiden PKPIM, Sdr. Mohd. Hilmi Ramli telah menutup program tersebut dengan resolusi yang dirangka daripada penilaian terhadap segala dapatn yang diperolehi daripada para peserta sepanjang program tersebut berlangsung. Ikrar seluruh warga program kali ini mewakili seluruh ahli PKPIM adalah untuk Meneruskan Perjuangan!

PKPIM akan terus menerus di barisan hadapan meneraju generasi muda Islam di Malaysia mempertahan dan mendaulatkan Islam sebagai agama yang haq. Dengan kelebihan jaringan di pentas antarabangsa, PKPIM yakin dengan kemampuan untuk mengangkat Islam sebagai agama yang tinggi dan utama. Semangat generasi kuda yang diperlihatkan di dalam program kali ini akan memangkin seluruh ahli PKPIM untuk memastikan agar Islam terpelihara dan didaulatkan di Malaysia.

 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com