PKPIM Dikunjungi oleh Wakil IIFSO PDF Print E-mail
Written by spp   
Wednesday, 17 June 2009 12:05

Isnin 15 Jun 2009 – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)  hari ini dikunjungi oleh Exco International Islamic Federation of Students Organizations (IIFSO) Dr Ahmed Abdelatti di pejabat Islamic Outreach Abim (IOA), Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Kunjungan tersebut dibuat bertujuan untuk berkongsi beberapa agenda besar dan pelan jangka panjang IIFSO pada masa akan datang. Antara agenda besar yang diutarakan wakil berkenaan termasuklah Muktamar yang dijadualkan akan berlangsung pada Oktober depan di Jakarta.

Beliau yang sebelum ini telah melawat beberapa pertubuhan Islam di Malaysia mengakhiri siri lawatan beliau bersama PKPIM sebelum terus bergegas ke pusat World Assembly of Muslim Youth (WAMY) untuk menghadiri suatu mesyuarat.

Dalam pertemuan tersebut, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz telah memberikan penerangan ringkas mengenai PKPIM dan perkembangan gerakan dakwah di Malaysia kepada beliau. Penerangan tersebut disusuli dengan pembentangan oleh wakil berkenaan berhubung beberapa perkara seperti peranan dan perencanaan IIFSO pada masa mendatang serta harapan besar IIFSO  kepada Malaysia.

Menurut beliau, IIFSO yang ditubuhkan pada tahun 1968 masih dalam proses untuk aktif semula setelah mengalami masalah dalaman yang menyebabkan pertubuhan pelajar dunia tersebut mengalami kemunduran pada tahun 1995-2005.

Menurut beliau lagi, PKPIM yang merupakan antara pertubuhan tertua yang menganggotai IIFSO perlu terus bergerak bersama-sama di bawah payung kesatuan Islam yang dinaungi IIFSO untuk memastikan matlamat untuk mengembalikan kegemilangan Islam di seluruh dunia dapat dikecapi. Mengambil contoh peranan yang dimainkan mantan pimpinan PKPIM di dalam IIFSO dahulu, peranan yang sama perlu diteruskan bagi memastikan kesinambungan dakwah dan hubungan akrab serta persefahaman yang sekian lama terjalin berkekalan.   

Pertemuan tersebut turut disertai beberapa Exco PKPIM seperti M.K Muzammil, Mariati Roslan, Lina Mursyidah Hamzah dan beberapa aktivis lain seperti Muhammad Mu’izzuddin Mustaffar, Mohamad Fairul Mohd Nawawi, dan Naheed Azhari. Pertemuan diakhiri dengan penyerahan cenderamata PKPIM oleh Muhammad Faisal Abdul Aziz kepada wakil berkenaan.

Last Updated ( Wednesday, 17 June 2009 12:16 )
 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com