Delegasi Warga Thailand Kunjungi PKPIM PDF Print E-mail
Written by spp   
Tuesday, 30 December 2008 15:31

18 Disember, Gombak - Seramai 35 orang warga Thailand telah mengunjungi Sekretariat PKPIM Pusat pada pukul 2.00 petang tadi bersempena dengan program lawatan selama tiga hari ke Malaysia. Program yang dianjurkan oleh Young Muslim Association of Thailand (YMAT) itu telah menghimpunkan ahli keluarga mangsa ketika insiden pembunuhan beramai-ramai di Masjid Kerisik, Pattani empat tahun yang lalu.

Dalam insiden yang berlaku pada 28 April 2004 itu, beratus-ratus penduduk Islam di selatan bertindak menawan masjid tersebut dan pihak berkuasa telah membunuh 107 penduduk yang dipercayai anggota puak pemisah dalam serbuan balas.

Peristiwa itu dianggap pencetus kepada kebangkitan semula pejuang pemisah di wilayah didominasi oleh penduduk Islam iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat. Penduduk di wilayah itu mendakwa mereka dilayan sebagai warga kelas kedua oleh kerajaan yang dikuasai oleh penduduk beragama Buddha.

Menurut pengarah program Wan Abdul Rahman Wan Hussein, lawatan tersebut bertujuan untuk mempererat hubungan rumpun Melayu Muslim Malayisa-Thailand disamping mengeratkan lagi persefahaman yang terjalin antara PKPIM dan YMAT. Dalam pada itu, program tersebut juga bertujuan untuk berkongsi pengalaman, gerak kerja, dan cabaran yang dilalui oleh gerakan Islam di Malaysia.  

Dalam majlis kunjungan hormat tersebut, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz telah membentangkan satu persembahan multimedia yang bertajuk “Hala Tuju Gerakan Pelajar Islam”. Persembahan tersebut telah menerangkan beberapa sudut yang menjadi tunjang  kepada gerakan dakwah di Malaysia yang mencakupi aspek visi dan method aktivism.

Dalam perkembangan berkaitan, wakil Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Najmuddin Nawi turut terlibat dalam sesi penerangan bersama semua tetamu yang hadir. Majlis yang telah dipengerusikan oleh Akmal Afiq itu turut melibatkan dua orang wakil kementerian Thailand yang datang sebagai mewakili pihak kerajaan.

 

Sekretariat PKPIM Pusat
Last Updated ( Tuesday, 30 December 2008 15:33 )
 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com