PPSMI: Gapena beri kata dua 31 Dis
Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada kerajaan untuk membatalkan pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).  Jika gagal, ia bercadang untuk mengambil tindakan serius terhadap kerajaan termasuk mempertikaikan dasar itu di mahkamah, lapor Bernama. Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat...
Tingkatkan bantahan, perjuangkan Bahasa Melayu! - Pemuda PAS
Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pihak Gabungan Penulis Nasional (Gapena) khususnya Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein selaku Ketua 1 Gapena yang akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik. Sebelum ini kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat beratus-ratus bantahan telah dibuat melalui persidangan dan kenyataan media daripada pelbagai golongan seperti...
'Satu pengkhianatan kerajaan teruskan PPSMI' - Teras
Kerajaan di bawah pemimpin Melayu melakukan satu pengkhianatan besar apabila masih berdegil mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Demikian tegas Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid mengenai tindakan kerajaan untuk meneruskan dasar PPSMI ini walaupun semua hujah yang dinyatakan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada daripada aspek sejarah, perlembagaan, budaya serta aspek jati diri bangsa sudah dihuraikan untuk...
Kembalikan Matematik dan Sains Kepada Bahasa Melayu
1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada Januari 2003 bertujuan melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan berfikir dalam bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini. Ini kerana di peringkat universiti atau pengajian tinggi banyak buku dan makalah dalam kedua-dua subjek ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris. 2. Dengan kata lain matlamat utama PPSMI ialah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang menguasai ilmu...
Ketepikan ego politik, mansuhkan PPSMI - Khir Toyo
Harakahdaily melaporkan dalam portal beritanya bahawa, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo turut mempertikaikan keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) dan menggesa agar sistem itu dimansuhkan dan 'mengembalikan' semula kepada Bahasa Melayu. "Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar. "Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap...

Info @TV

Gerakan Anti PPSMI
PPSMI: Gapena beri kata dua 31 Dis PDF Print E-mail
Written by Super Admin   
Wednesday, 24 December 2008 15:28
Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada kerajaan untuk membatalkan pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).  Jika gagal, ia bercadang untuk mengambil tindakan serius terhadap kerajaan termasuk mempertikaikan dasar itu di mahkamah, lapor Bernama. Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin. Menteri Pelajaraan boleh cakap kami beremosi.  Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat Bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya selepas majlis makan malam Gapena bersama media malam tadi. Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek itu kepada Bahasa Melayu.
 
Tingkatkan bantahan, perjuangkan Bahasa Melayu! - Pemuda PAS PDF Print E-mail
Written by Super Admin   
Wednesday, 24 December 2008 15:19
Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pihak Gabungan Penulis Nasional (Gapena) khususnya Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein selaku Ketua 1 Gapena yang akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik. Sebelum ini kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat beratus-ratus bantahan telah dibuat melalui persidangan dan kenyataan media daripada pelbagai golongan seperti GAPENA, Kumpulan Perihatin, PKPIM, Dong Jiao Zong, Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Pemuda PAS, Umno Johor termasuk menteri dan tokoh-tokoh ternama.Malangnya pihak kerajaan khususnya Menteri Pelajaran, Dato� Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak langsung menunjukkan langkah yang positif ke arah mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, kata Suhaizan
 
'Satu pengkhianatan kerajaan teruskan PPSMI' - Teras PDF Print E-mail
Written by Super Admin   
Wednesday, 24 December 2008 15:16
Kerajaan di bawah pemimpin Melayu melakukan satu pengkhianatan besar apabila masih berdegil mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Demikian tegas Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid mengenai tindakan kerajaan untuk meneruskan dasar PPSMI ini walaupun semua hujah yang dinyatakan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada daripada aspek sejarah, perlembagaan, budaya serta aspek jati diri bangsa sudah dihuraikan untuk dijadikan alasan yang kukuh agar PPSMI dihentikan.Sedangkan katanya, ramai orang bukan Melayu sendiri memberi hujah bahawa menggunakan bahasa Melayu sangat sesuai dan boleh diterima masyarakat bukan Melayu yang telah melahirkan generasi sehingga 51 tahun merdeka ."Selama tempoh 51 tahun itu kita tidak nampak kecacatan berlaku untuk membangun negara dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lapor Harakahdaily.
 
Kembalikan Matematik dan Sains Kepada Bahasa Melayu PDF Print E-mail
Written by Super Admin   
Tuesday, 23 December 2008 12:59

1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada Januari 2003 bertujuan melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan berfikir dalam bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini. Ini kerana di peringkat universiti atau pengajian tinggi banyak buku dan makalah dalam kedua-dua subjek ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

2. Dengan kata lain matlamat utama PPSMI ialah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang menguasai ilmu terkini dalam kedua-dua bidang. Ia juga bertujuan melahirkan tenaga akademik yang berupaya menulis di dalam jurnal antarabangsa dan tenaga kerja yang memenuhi tuntutan pasaran kerja.

3. Di samping itu, PPSMI diharap dapat melahirkan generasi muda yang berkebolehan menggunakan bahasa Inggeris dengan baik.
 
Ketepikan ego politik, mansuhkan PPSMI - Khir Toyo PDF Print E-mail
Written by Super Admin   
Tuesday, 23 December 2008 12:53
Harakahdaily melaporkan dalam portal beritanya bahawa, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo turut mempertikaikan keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) dan menggesa agar sistem itu dimansuhkan dan 'mengembalikan' semula kepada Bahasa Melayu. "Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar. "Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis," katanya dalam blog peribadi beliau baru-baru ini.
 
Last Updated ( Tuesday, 23 December 2008 13:14 )
 
PPSMI, ugutan ke atas Hishammuddin mesti berterusan PDF Print E-mail
Written by Ali Bukhari Amir   
Monday, 22 December 2008 17:38

Setidak-tidaknya sudah ada saling cabar-mencabar antara Gapena dan Kumpulan Prihatin yang disifatkan sebagai pertubuhan yang longgar kerana tak didaftarkan secara sah. Tapi, inti semangat perjuangan Kumpulan Prihatin tak boleh dipandang rendah kerana landasan wadah ini menempatkan golongan cendekiawan universiti. "Untuk pengetahuan semua," dalam nada suaranya yang rendah Dr Abu Bakar menyebut, "ada sebuah persatuan muda yang masih bergiat cergas dalam urusan membantah PPSMI ini. Nama persatuan itu ialah PKPIM."

 

Last Updated ( Tuesday, 23 December 2008 13:15 )
 
Andaian tanpa bukti PDF Print E-mail
Written by Super Admin   
Wednesday, 17 December 2008 08:31
Tidak pernah ada bangsa yang membina tamadunnya tanpa kepustakaan. Tidak pernah juga ada bangsa yang membina tamadunnya atas kepustakaan dalam bahasa orang lain. Setiap bangsa, walaupun kecil membina tamadun bangsanya atas kepustakaan dalam bahasanya sendiri. Negara kecil seperti Belanda, Finland, Sweden, Norway, Denmark, Belgium, Luxemberg, Switzerland dan Austria mempunyai kepustakaan masing-masing dalam bahasa sendiri. Jepun, Korea, China dan Taiwan juga membina tamadunnya melalui bahasanya sendiri. Usaha menyampaikan ilmu dan membina kepustakaan dalam bahasa sendiri itu dilakukan serentak. Ada andaian yang mengatakan, oleh sebab bahasa Inggeris itu maju, maka kita boleh turut maju dengan meminjam bahasa bekas penjajah tersebut bagi menyampaikan ilmu, sekaligus kita dapat memanfaatkan kepustakaan dalam bahasa Inggeris tersebut.
 
Minda tertawan setelah terkesima oleh bahasa Inggeris PDF Print E-mail
Written by Super Admin   
Wednesday, 17 December 2008 08:27
Apakah yang dimaksudkan dengan minda tertawan? Bagaimana bahasa Inggeris itu mewujudkan minta tertawan, iaitu tertawan dalam minda Inggeris? Tempat bahasa Melayu sepatutnya adalah benak Melayu. Apabila elit Melayu membuang bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda untuk anak-anak mereka, dan menggantikannya dengan bahasa Inggeris, maka bahasa Inggerislah yang menduduki benak anak-anak Melayu itu. Akibatnya minda mereka menjadi minda tertawan dalam minda Inggeris. Apabila elit Melayu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ekspresif harian mereka, maka berdasarkan hipotesis Sapir-Whorf, mereka akan memahami alam ini dengan acuan Inggeris, dan bukan dengan acuan Melayu lagi.
 
Dengarlah pula cerita dari Hawaii! PDF Print E-mail
Written by Super Admin   
Wednesday, 17 December 2008 08:24
Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein sudah membuat keputusan “mengekalkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah rendah dan menengah dalam bahasa Inggeris” … demi negara (Utusan Malaysia, 12 Disember 2008). Tiga belas tahun sebelum ini, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu, Dato’ Sri Mohd. Najib Razak, sepupu Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, mahu menggunakan bahasa Inggeris bagi mengajarkan sains dan teknologi di institut pengajian tinggi (Sunday Times 9 Julai 1995).
 
Bangsa Jerman juga pernah diperbodohkan oleh bahasa Latin dan Perancis PDF Print E-mail
Written by Super Admin   
Wednesday, 17 December 2008 08:20
Pada abad ke-17 Zaman Pertengahan di Eropah berakhir. Negara-negara Perancis, Itali dan Inggeris mula menjadi maju apabila industrinya berkembang, tetapi Jerman masih kekal mundur. Pemimpin-pemimpin Jerman hairan kenapa ini berlaku. Pada hal ilmuwan Jerman ramai dan orang-orang Jerman rajin bekerja. Di samping itu, negara Jerman mempunyai banyak sumber.Malah, Jerman menggunakan bahasa Perancis dan Latin sebagai bahasa pengantar sekolah dan universiti. Bahasa Perancis pula menjadi bahasa perdagangan dan komunikasi antarabangsa. Oleh sebab itu apakah yang tidak kena pada negara Jerman?
 
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Page 1 of 5

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Nyatakan Sokongan!

Kenali GAP

Gerakan Anti PPSMI (GAP) adalah suatu usaha kesedaran "Selamatkan Bahasa Melayu" yang ditubuhkan oleh PKPIM bagi memastikan Perkara 152, perenggan 1, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) menyatakan bahawa "bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh parlimen" terus diperlihara. Sila nyatakan sokongan anda dengan membincangkan dan sebarkan isu ini segala ruang realiti dan siber.

*PPSMI merujuk kepada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Ada Apa Tentang Bahasa ?

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Perkara 152, perenggan 1, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) menyatakan bahawa "bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh parlimen". Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah melalui zaman kegemilangan, dengan menjadi lingua franca seluruh daerah Kepulauan Melayu.



[ Parlimen ]
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6

[ Wikipedia ]
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10

[ Lain-Lain ]
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10

Tinjaun GAP

Adakah Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) patut dihentikan?
 

Puisi Keranda 152

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah Sebelum lidahmu jadi bisu

- Usman Awang -

Bantahan!