 Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada kerajaan untuk membatalkan pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika gagal, ia bercadang untuk mengambil tindakan serius terhadap kerajaan termasuk mempertikaikan dasar itu di mahkamah, lapor Bernama. Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat...
 Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pihak Gabungan Penulis Nasional (Gapena) khususnya Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein selaku Ketua 1 Gapena yang akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik. Sebelum ini kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat beratus-ratus bantahan telah dibuat melalui persidangan dan kenyataan media daripada pelbagai golongan seperti...
 Kerajaan di bawah pemimpin Melayu melakukan satu pengkhianatan besar apabila masih berdegil mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Demikian tegas Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid mengenai tindakan kerajaan untuk meneruskan dasar PPSMI ini walaupun semua hujah yang dinyatakan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada daripada aspek sejarah, perlembagaan, budaya serta aspek jati diri bangsa sudah dihuraikan untuk...
 1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada Januari 2003 bertujuan melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan berfikir dalam bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini. Ini kerana di peringkat universiti atau pengajian tinggi banyak buku dan makalah dalam kedua-dua subjek ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris. 2. Dengan kata lain matlamat utama PPSMI ialah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang menguasai ilmu...
 Harakahdaily melaporkan dalam portal beritanya bahawa, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo turut mempertikaikan keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) dan menggesa agar sistem itu dimansuhkan dan 'mengembalikan' semula kepada Bahasa Melayu. "Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar. "Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap...
|
|
|
|
Written by Super Admin
|
|
Thursday, 20 November 2008 20:46 |
|
Peningkatan bilangan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan ukuran bagi menggambarkan pencapaian sebenar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebaliknya, ramai pihak berpendapat banyak faktor yang perlu diambil kira dan dikaji bagi menentukan pelaksanaan dasar itu perlu diteruskan atau sebaliknya. Antaranya tahap penguasaan pelajar khususnya di luar bandar yang jelas masih dibelenggu pelbagai kekurangan dan persekitaran sukar bagi menyokong penguasaan bahasa Inggeris mereka. Jurang pencapaian semakin melebar antara pelajar bandar dan luar bandar perlu diteliti, selain menilai keupayaan guru melaksanakan dasar itu.
Profesor Diraja Ungku Aziz, berpendapat pergantungan terhadap statistik seperti jumlah calon mendapat 5A atau menjawab soalan dalam bahasa Inggeris dalam menetapkan pelaksanaan dasar pendidikan tidak wajar kerana ia tidak menggambarkan keupayaan keseluruhan pelajar. Sebaliknya, beliau mencadangkan pendekatan baru kaedah pengajaran dan pembelajaran dirangka bagi membolehkan pelajar menguasai dan menggunakan kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris secara serentak.
"Memastikan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar tidak harus diambil ringan kerana ia satu-satunya instrumen perpaduan paling berkesan diterapkan dalam sistem pendidikan, sekali gus dapat memastikan kelestarian pembangunan negara pada masa depan.
"Pada masa sama, pelajar perlu digalakkan menguasai bahasa Inggeris supaya mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan globalisasi.
"Utamakan penguasaan pelajar dalam kedua-dua bahasa itu dulu, baru ia boleh dijadikan instrumen dalam PPSMI, sekali gus menggalakkan mereka meluaskan pembacaan dalam pelbagai bahasa untuk menambah ilmu, bukan sekadar lulus peperiksaan saja," katanya. Tokoh Akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad, pula menegaskan kajian terperinci perlu dilaksanakan pihak terbabit dengan membuat perbandingan menyeluruh pencapaian UPSR pelajar di bandar dan luar bandar dalam kedua-dua mata pelajaran itu.
Yang jelas, katanya, peningkatan prestasi pelajar bandar dalam UPSR khususnya mata pelajaran Sains dan Matematik sememangnya diakui kerana mereka lebih berupaya memanfaatkan pelbagai kemudahan serta maklumat dalam bahasa Inggeris sama ada melalui buku, internet atau media lain.
"Namun, kejayaan segelintir pelajar di bandar atau daripada kumpulan elit tidak wajar dijadikan alasan untuk meneruskan dasar yang sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan bagi majoriti pelajar lain khususnya di luar bandar.
"Jika dasar ini diteruskan, ia dilihat sebagai penyumbang ke arah keburukan bagi pengembangan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi di negara ini.
"Malah, dasar itu secara terang-terangan menidakkan keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi dalam keadaan negara kini menuju ke arah negara maju.
"Kesannya, kita akan lihat bahasa Melayu akan terus ketinggalan dan akhirnya menyebabkan kematian bahasa kebangsaan itu sendiri," katanya.
Seorang lagi tokoh akademik, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, berkata walaupun mencatat peningkatan memberangsangkan, peratusan pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris masih rendah dan kemungkinan kebanyakan pelajar terbabit dari kawasan bandar serta sudah biasa menggunakan bahasa antarabangsa itu dalam kehidupan harian.
Justeru, katanya, punca lebih 60 peratus pelajar yang masih tidak menggunakan bahasa itu untuk menjawab soalan peperiksaan perlu dikaji, sekali gus mengenal pasti permasalahan dalam pelaksanaan dasar berkenaan.
"Kajian saya bersama empat pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapati sejumlah 85 peratus murid melaporkan guru mereka mengajar Matematik dan Sains menggunakan campuran bahasa Melayu dan Inggeris, selain sebahagian besar murid atau 83 peratus meluahkan perasaan kesukaran mempelajari Sains dalam bahasa antarabangsa itu, walaupun mereka mempelajari subjek berkenaan sejak 2003," katanya. Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
Kenali GAP
Gerakan Anti PPSMI (GAP) adalah suatu usaha kesedaran "Selamatkan Bahasa Melayu" yang ditubuhkan oleh PKPIM bagi memastikan Perkara 152, perenggan 1, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) menyatakan bahawa "bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh parlimen" terus diperlihara. Sila nyatakan sokongan anda dengan membincangkan dan sebarkan isu ini segala ruang realiti dan siber.
*PPSMI merujuk kepada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Ada Apa Tentang Bahasa ?
Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Perkara 152, perenggan 1, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) menyatakan bahawa "bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh parlimen". Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah melalui zaman kegemilangan, dengan menjadi lingua franca seluruh daerah Kepulauan Melayu.
[ Parlimen ]
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
[ Wikipedia ]
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
[ Lain-Lain ]
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
Puisi Keranda 152
Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen
Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah Sebelum lidahmu jadi bisu
- Usman Awang -
|
|