 Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada kerajaan untuk membatalkan pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika gagal, ia bercadang untuk mengambil tindakan serius terhadap kerajaan termasuk mempertikaikan dasar itu di mahkamah, lapor Bernama. Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat...
 Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pihak Gabungan Penulis Nasional (Gapena) khususnya Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein selaku Ketua 1 Gapena yang akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik. Sebelum ini kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat beratus-ratus bantahan telah dibuat melalui persidangan dan kenyataan media daripada pelbagai golongan seperti...
 Kerajaan di bawah pemimpin Melayu melakukan satu pengkhianatan besar apabila masih berdegil mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Demikian tegas Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid mengenai tindakan kerajaan untuk meneruskan dasar PPSMI ini walaupun semua hujah yang dinyatakan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada daripada aspek sejarah, perlembagaan, budaya serta aspek jati diri bangsa sudah dihuraikan untuk...
 1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada Januari 2003 bertujuan melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan berfikir dalam bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini. Ini kerana di peringkat universiti atau pengajian tinggi banyak buku dan makalah dalam kedua-dua subjek ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris. 2. Dengan kata lain matlamat utama PPSMI ialah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang menguasai ilmu...
 Harakahdaily melaporkan dalam portal beritanya bahawa, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo turut mempertikaikan keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) dan menggesa agar sistem itu dimansuhkan dan 'mengembalikan' semula kepada Bahasa Melayu. "Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar. "Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap...
|
|
|
|
Written by Super Admin
|
|
Wednesday, 24 December 2008 15:16 |
 Kerajaan di bawah pemimpin Melayu melakukan satu pengkhianatan besar apabila masih berdegil mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Demikian tegas Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid mengenai tindakan kerajaan untuk meneruskan dasar PPSMI ini walaupun semua hujah yang dinyatakan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada daripada aspek sejarah, perlembagaan, budaya serta aspek jati diri bangsa sudah dihuraikan untuk dijadikan alasan yang kukuh agar PPSMI dihentikan.Sedangkan katanya, ramai orang bukan Melayu sendiri memberi hujah bahawa menggunakan bahasa Melayu sangat sesuai dan boleh diterima masyarakat bukan Melayu yang telah melahirkan generasi sehingga 51 tahun merdeka ."Selama tempoh 51 tahun itu kita tidak nampak kecacatan berlaku untuk membangun negara dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lapor Harakahdaily.
Azmi juga menyatakan persetujuan dengan langkah terakhir yang diambil oleh kumpulan NGO ini untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan. "Saya berharap semua rakyat dan kumpulan NGO akan bersatu bersama-sama untuk mewakili rakyat Malaysia bagi memfailkan saman terhadap kerajaan. "Saya percaya majoriti NGO bersepakat menentang dasar yang ingin kerajaan teruskan ini. Cuma apa yang perlu dilakukan ialah bagaimana NGO ini harus bergabung untuk mengambil tindakan undang-undang ini,"katanya. Beliau berpandangan, tindakan bersama yang dilakukan oleh kumpulan NGO seperti penyerahan memorandum serta melalui perhimpunan di Johor Bharu baru-baru ini dengan jelas menyatakan pendirian bahawa tindakan kerajaan itu satu pengkhianatan kepada negara bangsa. Kenyataan beliau itu turut dipersetujui oleh Setiausaha Kehormat Persatuan China Muslim Malaysia, Ann Wan Seng . Jelasnya kumpulan NGO menyuarakan pandangan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana terdapat beberapa mekanisma lain yang boleh digunakan untuk memperbaiki bahasa Inggeris. "Pendekatan yang digunakan kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak praktikal. Kami kumpulan NGO lebih berminat untuk menggunakan pendekatan alternatif berbanding pendekatan yang digunakan hari ini,"katanya. Beliau juga melahirkan kekecewaan dengan tindakan kerajaan tersebut kerana pelaksanaan tersebut ternyata tidak memberi kemajuan untuk memperbaiki bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah. "Sekiranya pelaksanaan ini diteruskan, ia akan menimbulkan kesulitan kepada pelajar-pelajar yang sememangnya tidak pandai bahasa Inggeris untuk memahami subjek tersebut. "Dan kita juga maklum, pelajar Melayu ramai yang tidak dapat menguasai subjek matematik. Jika subjek itu tetap diajar dalam bahasa Inggeris, akan menyebabkan pelajar-pelajar ini makin ketinggalan dan tercicir,"katanya.-azm _ |
|
|
|
|
|
Kenali GAP
Gerakan Anti PPSMI (GAP) adalah suatu usaha kesedaran "Selamatkan Bahasa Melayu" yang ditubuhkan oleh PKPIM bagi memastikan Perkara 152, perenggan 1, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) menyatakan bahawa "bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh parlimen" terus diperlihara. Sila nyatakan sokongan anda dengan membincangkan dan sebarkan isu ini segala ruang realiti dan siber.
*PPSMI merujuk kepada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Ada Apa Tentang Bahasa ?
Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Perkara 152, perenggan 1, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) menyatakan bahawa "bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh parlimen". Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah melalui zaman kegemilangan, dengan menjadi lingua franca seluruh daerah Kepulauan Melayu.
[ Parlimen ]
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
[ Wikipedia ]
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
[ Lain-Lain ]
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
Puisi Keranda 152
Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen
Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah Sebelum lidahmu jadi bisu
- Usman Awang -
|
|