Kuliah Pengajian Kilat Kitab-Kitab Turath Siri ke 3 PDF Print E-mail
Written by spp   
Monday, 18 May 2009 10:49

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Kuliah Pengajian Kilat Kitab-Kitab Turath I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah bertemakan Menghidupkan Ruhaniyah Berlandaskan Pemantapan Aqidah seperti maklumat berikut;

Penganjuran program tersebut adalah untuk menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan Aqidah dan Iman di kalangan peserta di samping mendedahkan kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih. Program tersebut juga adalah untuk menghidupkan budaya menuntut ilmu secara talaqqi berkitab di dalam memahami konsep dan pelaksanaan nilai-nilai Islam.

Tarikh: 23 dan 24 Mei 2009

Tempat: Kompleks Darul HIkmah, Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor Darul Ehsan

Sasaran peserta: 150 tempat disediakan terbuka kepada umum

Kitab pengajian:

1.      Kitab I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah karangan Kiyai Haji Siradjuddin Abbas

2.      Kitab ‘Aqidah (‘Aqidah Mursyidah) karangan Ibnu Asakir

Modus pengajian: Talaqqi / Pembentangan

Tenaga pengajar:

1.      al-Fadhil Ustaz Zamihan Mat Zin al-Ghari

2.      al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

3.      al-Fadhil Ustaz Mohd. Rasyiq Alwi

Yuran: RM 15 sahaja

Bagi sesiapa yang berminat atau mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi Sdr. Mohd. Ikhram Nor Husin (019-373 1744) atau Sdri. Izzah Khanani Mohd. Musleh (019-219 7192), Exco Dakwah dan Terbiyyah PKPIM.

 

 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com