Minda
IKHTILAT: ASAS AGAMA & GARIS PANDUAN PDF Print E-mail
Written by Mohd Akmal Afiq Bin Mohamad   
Thursday, 04 March 2010 15:55

Realiti hari ini menyaksikan sikap dan adab pergaulan (ikhtilat) antara lelaki dan perempuan sudah jauh dari ajaran Islam. Fenomena yang berlaku ialah pergaulan yang tidak lagi terbatas di antara lelaki dan wanita ajnabi telah membawa kepada akibat yang lebih buruk iaitu perzinaan. Apa yang lebih tragis, apabila manusia sudah hilang akal pertimbangan yang waras dan sifat-sifat manusiawi dengan timbulnya masalah buang bayi yang sangat ketara hari ini. Tidak dapat dinafikan hal ini sangat berkait rapat dengan masalah pergaulan bebas malahan ia menjadi punca utama dan faktor penyumbang kepada krisis moral yang berlaku.

Rata-rata masyarakat hari ini mungkin mempunyai pandangan dan pendapat yang tersendiri apabila membincangkan topik pergaulan (ikhtilat) ini. Akan tetapi, walau apa pun pendapat tersebut,ianya mestilah dikembalikan kepada dasar-dasar islam yang sesuai dengan zaman,masa dan tempat.

Jika kita kembali kepada sirah nabawiyyah, memang Rasulullah Saw sendiri memandang berat tentang pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah serta persentuhan.Ini dapat kita lihat, sebagaimana hadith daripada Hamzah bin Usaid Al-Ansari yang diriwayatkan daripada bapanya yang mendengar Rasulullah Saw bersabda,apabila melihat kaum wanita bercampur aduk dengan lelaki di tengah jalan :


عن أبي أسيد الأنصاري عن ابيه : أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول وهو خارج من المسجد فاختلط الرجالبحافا مع النساء في الطريق فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم للنساء : استأخرن ؛ فإنه ليس لكن أنتحققن الطريق ؛ عليكن بحافات



Yang bermaksud : Daripada Abi Usaid Al-Ansori daripada ayahnya : Bahawa dia (iaitu ayah Abi Usaid Al-Ansori) telah mendengar Rasulullah Saw bersabda, di mana ketika itu Rasulullah Saw berada di luar masjid, dan berlaku ikhtilat di kalangan lelaki dan perempuan ( di mana Rasulullah Saw melihat ikhtilat tersebut ) : " Kebelakanglah kamu,sesungguhnya kamu tidak boleh berada berada di tengah jalan,kamu mestilah berjalan di tepi jalan."[1]

Dalam mempraktikan hadith Nabi Saw, para sahabiyyat telah menghampirkan diri mereka ke dinding, hingga ada riwayat mengatakan bahawa kerana terlampau rapat dengan dinding, ada di antara pakaian mereka yang tersangkut dengan dinding bangunan.

Beginilah Rasulullah Saw sebagai seorang pemimpin pada ketika itu,memastikan bahawa rakyatnya sentiasa hidup di dalam keadaan yang jauh dari fitnah dan perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak mujtama'.

MAKNA IKHTILAT ( الإختلاط)

Perkataan الإختلاط ini mungkin biasa kita dengar,iaitu maksudnya adalah bercampur.Dan biasanya digunakan untuk merujuk kepada suatu pergaulan yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai murni islam.Di sana ada perkataan lain yang digunakan untuk merujuk muamalat antara lelaki dan perempuan seperti لقاء - مقابلة مشارك.[2] Namun memang di dalam kebanyakan kitab-kitab apabila membicara tentang perhubungan bebas,para ulamak akan menggunakan perkataan الإختلاط.

Dari sudut bahasa, perkataan الإختلاط berasal dari perkataan خلط yang memberi maksud bercampur iaitu مزج. Di dalam Al-Qamus Al-Muhit dijelaskan bahawa sesuatu yang bercampur dipanggil اختلط.[3] Kalau ismu failnya adalah خالط. Dari sudut istilah pula, merujuk kepada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di suatu tempat yang membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan pandangan atau isyarat atau percakapan.[4] Apabila kita merujuk kepada definisi ini,apa yang dimaksudkan dengan ikhtilat adalah pergaulan bebas.

 

HUKUM PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN SERTA GARIS PANDUAN

Tidak dapat dinafikan bahawa muamalah di antara lelaki dan perempuan di dalam hidup ini adalah wujud. Lebih-lagi pada hari ini, situasi persekitaran yang memerlukan kerjasama dua hala di antara lelaki dan perempuan dalam segenap urusan harian. Apa yang lebih utama, keperluan hubungan antara kedua-dua pihak ini dalam menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar, dakwah dan ilmu. Firman Allah SWT:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

 

Maksudnya: Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[5]


Ayat ini menjelaskan bahawa lelaki dan perempuan yang beriman saling berkerjasama dalam menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar,maka sudah tentu di sana ada situasi-situasi yang memerlukan mesyuarat, perbincangan, percakapan dan sebagainya.

 

Dan apa yang harus kita fahami bahawa, walaupun begitu islam telah menetapkan garis panduan yang terperinci untuk menjaga perhubungan ini.Maka,garis panduan inilah yang menentukan sesuatu hubungan itu adakah bertepatan dengan syarak atau pun tidak.

Kalau kita mengkaji garis panduan yang dinyatakan oleh islam, ia menutup segala pintu-pintu yang boleh membawa maksiat.Ia melibat pandangan mata, suara, pakaian (aurat), tujuan perbincangan dan keadaan pergaulan itu berlaku.

Merujuk kepada Kitab Al-Fatawa Al-Mu’asoroh oleh Al-Qardhawi,[6] beliau telah menetapkan dhowabit (garis panduan) dalam pergaulan@pertemuan di antara lelaki dan wanita, iaitu :

 

1. Kedua-dua belah pihak hendaklah sentiasa menundukkan pandangan,tidak memandang aurat dan dengan perasaan syahwat.Firman Allah Swt :



قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَيَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ جَهُنَّ



Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka.[7]

Bukanlah yang dimaksudkan seperti ayat di atas Islam tidak membenarkan langsung untuk kita memandang dan melihat jantina yang berlawan jenis, akan tetapi hanya sekadar yang perlu sahaja dalam urusan-urusan tertentu. Rasionalnya, kerana pandangan adalah segala-galanya, bak pepatah Melayu “dari mata turun ke hati”. Boleh saja mata ini memberikan ‘isyarat’ kepada hati agar bertindak ke peringkat yang seterusnya.

 

Namun begitu, Islam mengecualikan pandangan secara tidak sengaja. Tetapi apa yang perlu kita buat apabila kita tidak sengaja? Hal ini telah dijawab oleh Rasulullah Saw terhadap soalan Jarir RA, seorang sahabat Nabi Saw yang bertanyakan tentang pandangan yang tidak disengajakan : Sabda Baginda:


اصرف بصرك

Yang bermaksud : Alihkan pandangan kamu[8]

 

2. Perempuan muslimah pula mestilah sentiasa memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh syarak yang menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Juga tidak terlalu nipis dan tidak mengikut bentuk badan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Allah swt :


وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ


Yang bermaksud: Dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya[9]

Telah disahkan oleh beberapa sahabat, apa yang zahir daripada perhiasan ialah muka dan dua tapak tangan.

 

3. Sentiasa menjaga adab muslimah,terutama ketika berinteraksi dengan lelaki dari segi :


i- Percakapan,tidak melampaui dan menggoda.Sebagaimana firman Allah Swt kepada para isteri Nabi Saw. Dan isteri-isteri Nabi Saw, adalah ikutan terbaik untuk semua wanita di sepanjang zaman dan tempat.

 

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا

 

 

Yang bermaksud : Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti perempuan yang lain kalau kamu bertakwa. Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit; dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.[10]

 

 

 


ii- Cara berjalan. Firman Allah swt :


وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ


Yang bermaksud: Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.[11]



فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ


Yang bermaksud : Maka datang kepadanya salah seorang dari keduanya sambil berjalan tersipu-sipu.[12]

Ayat di dalam Surah Al-Qasas ini menceritakan kisah salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib As yang datang untuk menyampaikan jemputan ayahnya kepada Nabi Musa As.Dapat kita lihat, qudwah yang ditunjukkan di dalam kisah anak Nabi Syuaib AS ini, bagaimana apabila berjalan, beliau berjalan dalam keadaan tersipu-sipu dan malu.Bukannya berjalan dalam keadaan sebaliknya, yang langsung tidak sesuai dengan fitrah seorang wanita.

iii- Pergerakan pula janganlah terlalu kasar dan janganlah terlalu lembut yang boleh menggoda. Gerunilah amaran yang dinyatakan oleh Rasulullah Saw di dalam haditnya :



صنفان من أهل النار ....ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها لتوجد من مسيرة كذا وكذا


Yang bermaksud : 2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka…. perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.[13]


  1. Hendaklah menjauhi perkara-perkara yang boleh merangsangkan syahwat seperti bau-bauan, minyak wangi,warna-warna yang menarik yang sepatut di pakai di rumah, bukan di jalanan untuk bertemu dengan lelaki.



وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى



Yang bermaksud : Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah zaman dahulu.[14]

Yang dimaksudkan dengan تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ   disini ialah menzahirkan perhiasan dan kecantikan yang wajib ditutup dan yang boleh mempengaruhi syahwat orang lain…[15]


5. Sentiasa berwaspada,agar lelaki dan wanita tidak berdua-duan tanpa mahram Hadith sohih telah memberi ingatan



لا يخلو رجل بامرأة ألا ثلثهما الشيطان



Yang bermaksud: Tidak berkhalwat seorang lelaki dan perempaun, melainkan yang ketiganya adalah syaitan

.
6.Pertemuan itu mestilah berdasarkan keperluan atas urusan kerja tanpa melampaui sehingga menyebabkan wanita itu lalai dalam menguruskan rumah tangga dan mendidik generasi.

Walaupun kita lihat di atas,seperti merujuk kepada wanita sahaja,namun lelaki tidak lari dari kemestian menjaga adab-adab yang sama dari sudut pakaian,percakapan,pergerakan dan lain-lain. Justeru, adalah menjadi satu kewajipan untuk seluruh Muslimin dan Muslimat bagi menjaga etika dalam pergaulan sesama kita dan sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial di kalangan umat Islam hari ini.

Bagi juru dakwah terutamanya yang terlibat dengan gerakan jemaah ini juga perlu lebih menjaga dari sudut muamalah supaya ianya tidak menjadi fitnah kepada agama yang tercinta ini.   Wallahu'alam. Hidup Biar Berjasa!

 

Mohd Akmal Afiq Bin Mohamad



[1] Riwayat Abu Daud dan Al-Baihaqi

[2] Kitab Al-Fatawa Al-Muasoroh oleh Al-Qaradawi jilid 2 m/s 303-304

[3] Al-Qamus Al-Muhit madah خلط m/s 665

[4] Kitab Hak dan Kewajipan Wanita Menurut Islam oleh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Jarullah. Diterjemahkan oleh Ustaz Ismail Tuan Haji As-Syafiee Al-Bakabi m/s 39.Cetakan Al-Hidayah Publisher.

[5] Surah At-Taubah ayat 71.

[6] Al-Fatawa Al-Mu’asoroh m/s 309-311

[7] Surah An-Nur ayat 30-31

[8] Riwayat Abu Daud

[9] Surah An-Nur ayat 31

[10] Surah Al-Ahzab ayat 32

[11] Surah An-Nur ayat 31

[12] Surah Al-Qasas ayat 25

[13] Riwayat Imam Muslim

[14] Surah Al-Ahzab ayat 33

[15] Al-Mausuah Al-Quraniah Al-Muyassaroh oleh Jemaah min Al-Ulamak antaranya Dr Wahbah Zuhaili m/s 423

Last Updated ( Thursday, 04 March 2010 16:07 )
 
Konsep Ta'dib: Satu Penjelasan Ringkas PDF Print E-mail
Written by spp   
Saturday, 12 December 2009 08:34


Dalam memberi takrif pendidikan secara sistimatik dan komprehensif, Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas menegaskan dan menjelaskan bahawa tujuan pendidikan menurut Islam adalah untuk melahirkan seorang individu manusia yang baik. Justeru, bagi beliau apa yang perlu kita tekankan dalam pendidikan adalah nilai manusia sebagai manusia sejati.

Maka, beliau menegaskan bahawa penekanan terhadap individu bukan hanya penting, tetapi juga merupakan strategi yang dilihat ampuh hari ini. Mekanisme pelaksanaannya adalah dengan memberi penekanan terhadap individu yang mengimplikasikan pengetahuan tentang akal, nilai dan spiritual, dan tentang tujuan dan maksud yang sebenar kehidupan ini memandangkan akal, nilai dan spiritual adalah unsur-unsur yang diwarisi oleh setiap individu.

Lantaran itu, konsep Ta'dib yang dipelopori Syed Muhammad Naquib al- Attas merupakan suatu gagasan pendidikan dalam Islam yang bermatlamat untuk menjadikan manusia yang seutuhnya serta mempunyai kecerdasan intelektual yang berlandaskan pada moral dan agama dalam melaksanakan kewajibannya. . Hal ini dapat dilihat menerusi konsep ta’dib yang telah mencakupi konsep ilmu dan amal. Dalam konsep ini dijelaskan bahwa setelah manusia dikenalkan akan kedudukannya, ia diharapkan dapat mengamalkan ilmunya dengan baik dalam kalangan masyarakat berdasarkan nilai-nilai moral dan ajaran Islam.

Menurut Syed Naquib, adab adalah:

“Pengenalan serta pengakuan akan hak keadaan sesuatu dan kedudukan seseorang, dalam rencana susunan berperingkat martabat dan darjat, yang merupakan suatu hakikat yang berlaku dalam tabiat semesta.” Pengenalan adalah ilmu; pengakuan adalah amal. Maka, pengenalan tanpa pengakuan seperti ilmu tanpa amal; dan pengakuan tanpa pengenalan seperti amal tanpa ilmu.” Keduanya sia-sia karana yang satu mensifatkan keingkaran dan keangkuhan, dan yang satu lagi mensifatkan ketiadasedaran dan kejahilan,”  (SM Naquib al-Attas, Risalah untuk Kaum Muslimin, (ISTAC, 2001).

Sebagai contoh manusia yang beradab terhadap orang lain akan tahu bagaimana mengenali dan mengakui seseorang sesuai harkat dan martabatnya. Dalam masyarakat yang beradab, seorang penghibur tidak akan lebih dihormati jika dibandingkan dengan golongan ulama dan terpelajar. Begitu juga seorang wanita fasik, seharusnya ditempatkan pada tempatnya yang tidak lebih tinggi martabatnya dibandingkan muslimah yang shalihah. Itu merupakan antara contoh cabang adab kepada sesama manusia.

Al-Qur'an menegaskan bahawa contoh ideal bagi orang yang beradab adalah Nabi Muhammad s.a.w., yang disebut sebagai manusia Sempurna atau “al-insan al-kulli”. Maka, matlamat utama dalam sistem pendidikan Islam haruslah menjadi cerminan ke arah melahirkan manusia yang beradab dan sempurna. 

Dalam pada itu, jika benar-benar diteliti, konsep TA'DIB adalah konsep yang paling tepat untuk pendidikan dalam Islam berbandingTarbiyyah dan Ta’lim. Menurut Syed Naqiub,"Struktur konsep Ta'dib sudah menyangkut unsur-unsur ilmu ('ilm), instruksi (ta'lim), dan pembinaan yang baik (tarbiyah), sehingga tidak perlu lagi dikatakan bahawa konsep pendidikan Islam itu adalah sebagaimana yang terdapat dalam tiga serangkai konotasi Tarbiyah-Ta'lim-Ta'dib."


Sementara itu, beliau juga mendefiisikan orang yang terpelajar sebagai orang baik, dan 'baik' yang dimaksudkan di sini adalah adab dalam erti kata yang menyeluruh iaitu yang meliputi kehidupan spiritual dan material seseorang, serta yang berusaha menyemai kualiti kebaikan yang diterimanya.Oleh karena itu orang yang benar-benar terpelajar menurut perspektif Islam didefinisikan al-Attas sebagai orang yang beradab.Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani dari Pattani, dalam kitabnya Hadiqatul Azhar war Rayahin (Terj. Oleh Wan Shaghir Abdullah menyatakan “Jadikan olehmu akan yang sekedudukan engkau itu (majlis) perhimpunan ilmu yang engkau muthalaah akan dia. Supaya mengambil guna engkau daripada segala adab dan hikmah” Dalam tulisannya, beliau menyatakan keperluan seseorang individu itu untuk secara konsisten mempunyai adab, maka antara kunci terbaik ke arah penyemaian adab adalah kewajipan untuk seseorang itu untuk sentiasa berada dalam lingkungan Majlis Ilmu.

Dalam pada itu, seorang tokoh ulama Indonesia, Kyai Hasyim Asy’ari menyatakan bahawa Tauhid mewajibkan wujudnya iman. Barangsiapa tidak beriman, maka dia tidak bertauhid; dan iman mewajibkan syariat, maka barangsiapa yang tidak ada syariat padanya, maka dia tidak memiliki iman dan tidak bertauhid; dan syariat mewajibkan adanya adab; maka barangsiapa yang tidak beradab maka tiada syariat, tiada iman, dan tiada tauhid padanya.

Dalam realiti kehidupan kita hari ini, dunia pendidikan kita seharusnya memberi penekanan terhadap proses ta’dib, iaitu sebuah proses pendidikan yang mengarahkan para siswanya menjadi orang-orang yang beradab. Ini penting memandangkan sekiranya adab itu hilang dalam diri seseorang, maka ia akan mengakibatkankemudharatan, kezaliman, kebodohan, dan kerosakan.

Justeru itu, adab harus ditanam dalam diri seluruh manusia di segenap lapisan masyarakat, sama ada pada murid, guru, pemimpin rumah tangga, pemimpin perniagaan, pemimpin masyarakat, dan sebagainya. Sekiranya golongan yang memegang amanah untuk mengurus tadbir institusi sebagai contoh tidak beradab, maka akan terjadilah kerosakan yang lebih parah.

 

 
Searching New Substance of Islamic Movement of the First Post Islamic Rise. PDF Print E-mail
Written by spp   
Monday, 16 November 2009 12:07

In conscious or not, the fact of the Malays in Malaysia have been through a major transformation towards an era of 70’s which according to Dean of The Faculty of Arts and Social Sciences University of Malaya Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman a transformation known as a change towards "new Malay". This change is presented through a clear understanding and perception that they hold to the actual meaning of the teachings of Islam. In the past Islam is only understood as the act of completing the five Pillars of Islam alone, but in the phase of  70’s their thought  had been changed to understand Islam as Ad-Din or a way of life with a view of nature and their own vision. 

In addition, the book order and the Islamic Da'wah Movement in Malaysia has outlined some main points the Islamic revival in the year of 70’s. Among the major treasures including scattering of Islamic heritage, especially knowledge of materials and guidelines in solving the current problems and challenges, and the deep confidence of Islam as a potential solution to all diseases and healing of individuals and society.

The Phenomena that occur during the era of 70’s is often referred to historians as the era of Islamic Revivalism Rise / Islamic Resurgent. According to Gordon P. Means in his book Political Islam in South East Asia, “the persistence of some Islamic movement like Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), the National Union of Malaysian Muslim Students (PKPIM), and Dar Al-Arqam in united the energy of da'wah finally yielded success a lucrative generation today. 

ABIM and PKPIM as examples dimentory by Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas has built the concept and idea of education. Taking the benefit and advantage of some of his idea, the concepts such as knowledge and its standardization, the concept of Islamic University, the idea of Islamic Knowledge, human education , concepts and Ta'dib Ta'lim , and others has been implemented.  

Today, some Muslims and orientalist feedback which is still exist in that era seems to defend the notion that it is a phenomenon of significant, widespread, and based on the current position which will be a continuing reality. However, is the reality is indeed fortunate survive in the face of current and future or  whether it will simply go from the stage of life?

According to Prof. Mohamad Abu Bakar, a paradox is how adherents of Islam and carrier fight harder, and be more creative when under pressure, tend to loss perspective or fighting among themselves when confronted with a situation that is somewhat liberal or on the verge of success. Even it is not exaggerate if we state that Islamic movement resembles cyclists who are working and putting efford to the pedal of their vehicle while climbing the hill, but only after they passes the summit they will leave the vehicles alone while moving hands until they departed upon the uncertain direction of gliding again. 

The phenomenon of the rise of Islam is not only lost their momentum, but also loss of attraction due to the weakness of their own missionaries who fail to provide content and establish the identity and understanding of Islam which should be directed to the community as a whole. 

In the past, the old missionary movement and the Islamic jurisprudence understand the concept of priority (aulawiyat) by not ignoring the issues and small problems such as disputes of practice (furu'), bid'ah etc. that have been discussed and resolved by scholars of a hundred years ago. Instead of that, the missionaries at that time was among the big figure with big authority, knowing the social problems and diseases of people as a primary field to settled down first. 

Meanwhile, the struggle is also clear that they do infiltrate walls that fortify the success of Islam, but now because of some disputes of thought and understanding some things a subject for a quarrel, the missionaries of Da'wah movement has split into factions that earnest belief model respectively until misleading the civil society.

In dealing with situations like these disputes, a formula should be used. Today the Islamic movement has changed with the rapid establishment of many Islamic organizations and NGOs all over the world. Thus, the situation is now even more to see the role that is based on the formula "smart partnerships" among them. This can be explained through the insistence of an issue through a combination of Islamic NGOs such as Islamic Law Counsel (Pembela), ACCIN, Majlis Amal Islami (MAIM) and others.

In the meantime, realizing the fact of people’s problems which contained in the book entitle ‘The Treatise for Muslims’ written by Al-Attas, the idea that education in the Islamic tradition called ta'lim, tarbiyyah, and ta’dib should be continue to be the pulse of Islamic movement. According to Dato' Dr. Siddiq Fadzil only education and knowledge that gives meaning of dignity, prestige and moral to the people to form attitude not to yield to the others (ignorance). So, the idea that converges towards understanding Ta'dib Islami or Islamic education must be equally grabbed and strengthened by all prime movers in Da'wah in searching substance and direction in Islamic movement. 

The scenario of uncertainty society full of depravity and degradation from the point of integrity, morality, sole, and their failure to understand the tenets contained in the "Al-Akhlaq Karimah" urges us to empower the idea of Ta'dib or this education as accurate responding to the crisis respect. This is because the solution through the way of education is more effective and will last longer because it is an approach that is truly capable root into the society. 

As a result, the idea of Ta'dib is so important for rebuilding a new generation of Islam which will be a good illustration for all, has noble manners and personality, high-discipline knowledge, has strong holdings faith (tauhid), and  has high value of integrity and great leadership. This idea of education is actually plays a big role as a medium for the future sustainability to rise explosion of ‘Ubudiyyah’ around the era of 70’s. 

Last Updated ( Monday, 16 November 2009 12:14 )
 
Mencari Rencah Baru Gerakan Islam Pasca Kebangkitan Islam Pertama PDF Print E-mail
Written by spp   
Sunday, 08 November 2009 14:27
 

Dalam sedar atau pun tidak, hakikatnya orang melayu di Malaysia sudah melalui satu transformasi besar-besaran menjelang era 70-an dimana menurut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman satu transformasi yang dikenali sebagai perubahan ke arah “Melayu baru”. Perubahan ini dijelmakan menerusi fahaman dan tanggapan yang jelas yang mereka dokong terhadap makna sebenar ajaran Islam. Sebelum ini Islam itu hanya difahami sebagai perbuatan yang melengkapkan lima Rukun Islam semata-mata tetapi dalam meniti fasa 70-an pemikiran mereka telah diubah ke arah memahami Islam sebagai Ad-Din atau satu cara hidup dengan pandangan alam dan visinya tersendiri.

Selain itu, buku Gerakan Dakwah dan Orde Islam di Malaysia telah menggariskan beberapa garisan utama kebangkitan Islam 70-an. Antara yang utama termasuklah pembongkaran khazanah Islam terutama warisan Ilmunya bagi memperolah bahan dan garis panduan dalam menempuhi persoalan dan cabaran semasa, serta keyakinan yang mendalam terhadap potensi Islam sebagai penyelesaian dan penawar kepada segala penyakit individu dan masyarakat.

 Fenomena yang berlaku zaman 70-an ini seringkali disebut sejarawan sebagai era Kebangkitan Islam atau Islamic Revivalism/Islamic Resurgent. Menurut Gordon P. Means dalam bukunya Political Islam in South East Asia, kesungguhan beberapa gerakan dakwah ketika itu seperti Angkatan Belia Islam Malayisa (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), serta Dar Al-Arqam dalam menggembling tenaga dakwah akhirnya berjaya membuahkan hasil lumayan yang dinikmati generasi hari ini.

ABIM dan PKPIM seperti contoh dimentori oleh Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas telah membina gagasan pendidikan dengan memanfaatkan sebilangan idea besar beliau seperti konsep ilmu dan kesepaduannya, konsep Universiti Islam, gagasan Islamisasi Ilmu, pendidikan keinsanan, konsep Ta’dib dan Ta’lim, dan sebagainya.

Hari ini tanggapan sebilangan umat Islam dan orientalis yang berada pada era berkenaan dilihat masih mempertahankan tanggapan bahawa Kebangkitan Islam itu merupakan satu fenomena ketara, meluas, dan berdasarkan kedudukannya masa kini, ia akan menjadi realiti berterusan. Namun, apakah realiti ini benar-benar berkemampuan bertahan dalam menghadapi arus masa depan atau apakah ia akan pergi begitu saja dari pentas kehidupan?

Menurut Prof Mohamad Abu Bakar, suatu paradoks ialah bagaimana penganut dan pendokong Islam berjuang lebih gigih, serta bertindak lebih kreatif ketika berada di bawah tekanan, mulai kehilangan perspektif atau bercakaran sesama sendiri apabila berdepan dengan keadaan yang agak liberal atau berada di ambang kejayaan. Tidak keterlaluan jika kita nyatakan bahawa pendokong gerakan dakwah menyerupai penunggang basikal yang berhempas pulas mengayuh spedanya ketika menaiki bukit, tetapi setelah saja dia melintasi puncak dia akan membiarkan kenderaannya bergerak sendirian sambil dia berlepas tangan sehingga tunggangannya itu meluncur tidak tentu arah lagi.

Fenomena kebangkitan Islam bukan saja kehilangan momentum, tetapi juga semakin kehilangan tarikan akibat kelemahan pendakwah sendiri yang gagal memberi isi dan mewujudkan identiti dan kefahaman Islam yang sepatutnya kepada masyarakat secara menyeluruh.

Pendakwah dan gerakan Islam dahulu memahami konsep fiqh aulawiyat atau keutamaan dengan tidak menanggapi isu permasalahan kecil seperti pertikaian amalan furu’, bid’ah dan sebagainya yang sudah dibincangkan dan diselesaikan oleh tokoh ilmuan seratus tahun dahulu. Sebaliknya pendakwah pada waktu itu merupakan golongan yang berjiwa besar dengan menanggapi permasalahan sosial dan penyakit umat sebagai medan utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Sementara itu, perjuangan mereka juga jelas iaitu berusaha meruntuh tembok-tembok yang membentengi kejayaan Islam, tetapi kini hanya berikutan pertikaian fahaman dan beberapa perkara yang kecil, gerakan dakwah dan golongan pendakwah telah berpecah menjadi puak yang bersungguh-sungguh memperagakan fahaman masing-masing sehingga mengelirukan masyarakat awam.

Dalam berhadapan dengan situasi pertelingkahan seperti ini satu formula bersama harus digunakan. Hari ini dunia gerakan Islam telah berubah dengan penubuhan banyak pertubuhan dan NGO Islam yang semakin merata. Maka, situasi kini lebih melihat peranan yang berteraskan formula “perkongsian bijak” sesama mereka. Ini dapat dijelaskan melalui desakan sesuatu isu Islam menerusi gabungan NGO Islam seperti Peguam Pembela Islam (Pembela), ACCIN, Majlis Amal Islami (MAIM) dan sebagainya.

Dalam pada itu, dengan menyedari hakikat permasalahan umat yang terkandung dalam buku Risalah untuk Kaum Muslimin karangan al-Attas, gagasan pendidikan yang dalam tradisi Islam disebut ta’lim, tarbiyyah, dan ta’dib harus terus menjadi nadi kepada gerakan dakwah. Menurut Dato’ Dr Siddiq Fadzil pendidikan dan ilmulah yang memberi makna maruah, martabat dan kehormatan diri kepada umat sehingga terbentuk sikap untuk tidak tunduk kepada yang lain (kejahilan). Maka, gagasan yang menjurus kearah pemahaman Ta’dib Islami atau Pendidikan Islam harus sama-sama digembling dan diperkasa oleh seluruh penggerak dakwah dalam mencari rencah dan halu tuju gerakan Islam.

Senario ketidaktentuan masyarakat yang penuh dengan kebejatan dan keruntuhan dari sudut integriti, moral, budi, serta kegagalan mereka menjiwai rukun yang terkandung dalam “akhlaq al-karimah” mendesak kita untuk memperkasa gagasan Ta’dib atau pendidikan ini sebagai rencah yang jitu sebagai jawapan kepada krisis berkenaan. Ini disebabkan penyelesaian menerusi jalan pendidikan ini adalah lebih berkesan dan akan bertahan lebih lama kerana ia merupakan pendekatan yang benar-benar mampu mengakar ke dalam masyarakat. 

Maka, gagasan Ta’dib ini penting bagi membina kembali suatu generasi Islam baru yang ideal dan menjadi suri tauladan kepada semua, yang luhur adab dan keperibadiannya, tinggi disiplin ilmunya, kukuh pegangan tauhidnya serta memiliki nilai integriti dan kepimpinan yang hebat. Gagasan bersifat pendidikan ini sebenarnya berpotensi besar untuk menjadi medium penerus kesinambungan kepada kebangkitan ledakan ubudiyyah sekitar era 70-an lalu.

 

 

 
Dimanakah Idealisme perjuangan Mahasiswa? PDF Print E-mail
Written by spp   
Thursday, 15 October 2009 22:19

Universiti adalah merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk melahirkan ramai tokoh masyarakat pada zaman mendatang. Tidak ketinggalan, ia juga diibaratkan seperti kilang yang akan melahirkan generasi pemimpin bertamadun yang bakal menentukan corak dan hala tuju masyarakat dan negara. Namun, masih terdapat kekeliruan tentang apakah sebenarnya fungsi sebuah universiti. Apakah sekadar melahirkan professional yang hanya mengejar pekerjaan? Atau hanya melahirkan graduan yang ingkar upaya dan pentingkan diri untuk bersama masyarakat? Atau hanya melahirkan generasi cerdik pandai tetapi mungkir pada bakti?


Menurut Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, bagi menjamin kemakmuran dan kemajuan negara, kita perlu banyak melabur dalam pendidikan insan. Pembangunan negara yang terbaik bagi sesuatu bangsa bukan hanya banyak melahirkan graduan universiti, tetapi kualiti insan yang dilahirkan oleh universiti. Kualiti itu terbit bila mana mahasiswa berpegang kepada suatu prinsip dan idealisme yang fundamental dalam setiap kegiatan.

Namun, persoalannya, sejauh manakah kemampuan mahasiswa itu sendiri untuk bersedia menggarap idealisme perjuangan yang benar-benar tulen untuk menjadi penyumbang utama kepada pembangunan agama, bangsa dan negara nanti? Setelah berakhirnya era 70-an, idealisme perjuangan mahasiswa dilihat semakin pudar dan akhirnya lenyap tanpa meninggalkan sebarang tanda.

Dalam hal ini Dr. Wan Abdul Rahman Wan Muda dari Universiti Sains Malaysia pernah menjelaskan dalam satu forum yang bertajuk “Masyarakat Kampus Dan Permasalahannya” pada 4 Ogos 1990. Menurut beliau, “Semenjak 1976, ternampaklah bibit-bibit kelumpuhan budaya universiti yang sebelum ini mempunyai semacam solidariti idealisme dalam aktiviti-aktiviti mahasiswa.”

Hidup di zaman mahasiswa ibarat hidup di persimpangan di antara idealis dan realis. Suatu ketika dahulu, idealisme mahasiswa dibentuk dengan menjadikan hak dan kebenaran sebagai tunjang asas. Politik yang didokong oleh mahasiswa pula berbentuk politik bukan kepartian atau non-partisan tanpa mewujudkan sebarang blog yang boleh memecahbelahkan gerakan mahasiswa. Sebaliknya mereka berpegang kepada konsep "Independant political force" dengan impian untuk mengangkat martabat perjuangan mahasiswa setaraf dengan parti politik. 
Mahasiswa telah berperanan sebagai mata kepada masyarakat dengan menyaksikan susah senang kehidupan masyarakat di luar kampus. Mahasiswa juga telah menjadi telinga masyarakat dengan mendengar segala keluh kesah masyarakat. Dalam masa yang sama, mahasiswa juga menjadi lidah kepada masyarakat sebagai gerakan pembela yang akhirnya menjadi suara ketiga terkuat selepas parti pemerintah dan pembangkang. Maka tidak hairanlah mengapa mahasiswa dahulunya begitu disanjung sehingga dianggap sebagai suara hati masyarakat luar.

Setelah sekian lama masa berlalu, kita masih lagi hidup dalam suasana kampus yang begitu lesu dan berkecamuk. Laporan dari Institut Integriti Malaysia (IIM), yang dibuat berdasarkan persepsi umum,31% mahasiswa cenderung untuk mengambil rasuah jika memiliki kuasa dan peluang. Ini menunjukkan betapa rendahnya idealisme dan kesedaran integriti mahasiswa. Di samping itu, krisis adab dan moral golongan mahasiswa yang dibanjiri idola yang salah juga menunjukkan martabat mahasiswa berada di landasan yang cukup memalukan.

Ini disebabkan beberapa faktor dan nilai negatif yang mencengkam mahasiswa. Antaranya, adalah nilai individualistik dan materialistik yang samakin merata dan menebal di kalangan pelajar, budaya takut atau ‘culture of fear’ yang telah menghantui mahasiswa yang akhirnya menyebabkan mahasiswa terus takut untuk mencuba, menyoal, mengkritik dan mengemukakan idea serta gagasan baru kepada masyarakat.

Sementara itu, sebab-sebab lain adalah hilangnya minat mahasiswa untuk menghayati dan menganalisa keadaan politik, ekonomi, dan sosial tempatan mahupun antarabangsa, serta tidak ada lagi slogan ‘Mahasiswa Jurubicara Masyarakat’ kerana kebanyakan mereka sudah tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Perubahan sememangnya diperlukan. Hidup di zaman mahasiswa seharusnya dipergunakan untuk mengambil kesempatan yang ada dengan menjadikannya sebagai medan untuk menimba sebanyak mungkin ilmu, idea, dan pengalaman. Mahasiswa memiliki amanah, tugas, serta tanggungjawab yang harus ditunaikan kepada pembangunan masyarakat dan negara bagi melatih daya kepimpinan, membentuk sahsiah diri serta mencetuskan kepelbagaian idea dalam menangani pelbagai permasalahan semasa.

Namun, sekiranya tiada perubahan, kita akan terus tenggelam dalam arus dunia kini. Kesannya, mahasiswa akan hilang keyakinan diri, malu untuk berhadapan dengan masyarakat, tidak lagi bangga untuk menampilkan diri sebagai seorang mahasiswa, takut untuk berhadapan dengan cabaran, tidak malu untuk terlibat dengan pelbagai penyelewengan, serta tercari-cari matlamat hidup mereka yang sebenar.

Fenomena seperti ini bukan sahaja berlaku pada zaman mereka menjadi mahasiswa, tetapi akan terbawa-bawa ke alam pekerjaan. Maka tidak hairanlah mengapa ramai kelompok yang mengisi sektor pekerjaan pada hari ini belum bersedia dan tidak bersungguh-sungguh untuk berhadapan dengan tanggungjawab yang lebih besar, takut untuk menghadapi cabaran kerana khuatir akan risiko yang bakal dihadapi, mudah mengalami tekanan perasaan ekoran hilangnya motivasi diri, dan sebagainya., banyak terlibat dengan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan sebagainya. Pada hal mereka juga dahulunya pernah menjadi mahasiswa.

Bayangkan apa yang akan terjadi kepada negara dalam jangka masa 10 atau 20 tahun akan datang sekiranya generasi mahasiswa kini masih di takuk lama dengan meneruskan tradisi kelesuan generasi-generasi mahasiswa sebelum ini?
 
Muhammad Faisal Abdul Aziz 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 1 of 8

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com