Coretan SUA
JANGAN BENARKAN CHIN PENG BALIK PDF Print E-mail
Written by spp   
Tuesday, 26 May 2009 13:42

Saya bukanlah mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) secara langsung. Tetapi, saya memahami kesengsaraan mereka yang hidup ketika era keganasan PKM. Mereka hidup di dalam ketakutan di tanah air sendiri akibat ideologi komunisme yang didukung oleh PKM. Tempoh masa di antara pengunduran Jepun dan kembalinya British ke Tanah Melayu telah menunjukkan belang sebenar PKM yang juga dikenali dengan gelaran Bintang Tiga. Chin Peng lah yang mula menggerakkan PKM secara radikal untuk mencapai matlamat penubuhan sebuah Republik Komunis Malaya.

 

Benar bahawa PKM menentang musuh imperialis yang sama dengan arus perdana perjuangan kemerdekaan negara dahulu. Tetapi adakah tepat untuk kita katakan bahawa PKM menyumbang di dalam perjuangan kemerdekaan negara? Menentang musuh yang sama tidak semesti melayakkan PKM untuk dijolokkan sebagai pejuang kemerdekaan negara. Lebih-lebih lagi dengan perjuangan kemerdekaan ala PKM yang turut menjadikan rakyat sebagai mangsa. Memeras dan memaksa rakyat untuk mengikut telunjuk dan memenuhi kehendak mereka demi mengangkat idelogi komunisme yang mereka dukung.

 

 
HADKAN JUMLAH PENGAMBILAN SUBJEK SPM ADALAH CADANGAN BAIK PDF Print E-mail
Written by spp   
Monday, 25 May 2009 13:52

Menghadkan jumlah pengambilan subjek SPM adalah satu cadangan yang baik. Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia mempunyai sebab yang wajar apabila mengutarakan cadangan tersebut.

 

Penaja-penaja biasiswa cenderung untuk memberikan tajaan kepada pelajar yang berupaya memperolehi keputusan A1 terbanyak. Ini tentunya memberi kelebihan ketara kepada pelajar yang memperolehi A1 dalam kuantiti subjek yang besar berbanding pelajar yang memperolehi A1 dalam kuantiti subjek yang sedikit. Ini tidak adil bagi pelajar di sekolah-sekolah yang menghadkan jumlah pengambilan subjek SPM kepada sembilan atau sepuluh subjek sahaja.

 

Keadaan ini menyebabkan pengabaian terhadap para pelajar daripada sekolah-sekolah tersebut yang turut memperolehi keputusan SPM yang cemerlang tetapi dalam jumlah subjek yang sedikit. Persoalan yang timbul sekarang adalah persaingan yang tidak seimbang di kalangan pelajar untuk merebut tajaan biasiswa.

 

 
Masalah Dalam Muslimin dan Di Mana Perubahan Bermula? PDF Print E-mail
Written by spp   
Friday, 10 April 2009 22:35
Semalam (Khamis, 9 April), saya berkesempatan menziarahi Ustaz Awang Pon Awang Sebon, mantan Ketua Hakim Syari'e Negeri Sarawak. Saya bersama rakan-rakan, Abdul Muntaqim, Azrul dan Mariati, sekereta pergi membawa harapan dan balik dengan impian. Pertemuan yang biar hanya sebentar dengan Ustaz memberi kesegaran untuk terus komied dan konsisten di dalam jalan yang saya pilih untuk hidup ini. Saya nekad untuk segera kembali ke tanah air yang harus saya tumpahkan budi dan jasa biarpun tidak ditagih.

Di dalam dialog kami bertiga bersama Ustaz, banyak isu yang dibicarakan. Saya kongsikan seperkara yang saya nilaikan cukup penting dan utama untuk kita koreksi diri dan umat ini. Tersentak di hati saya apakala Ustaz menyebutkan bahawa masalah dalaman umat Islam hari ini yang sebenarnya menjadi benteng penghalang kepada ketinggian Islam di dunia. Bukan tidak pernah saya dengar sebelum ini, tetapi entah apabila Ustaz yang menyatakannya, seolah Ustaz menyalakan llin yang sedang terpadam.

Suka atau tidak, sifat dan sikap yang membentuk watak Muslim hari ini secara individu telah turut mencorak watak umat Islam secara seluruhnya. Natijahnya, Islam sebagai agama yang dianuti oleh umat ini menerima tempiasnya. Saya ingat di dalam salah satu ceramah yang pernah saya ikuti menceritakan pengalaman Ben Nabi di dalam pengembaraannya menilaikan betapa beliau melihat ramainya orang Islam di Eropah berbanding negara-negara yang majoritinya adalah Muslim. Bukan kerana jumlah tetapi kerana nilai -nilai Islam yang lebih tampak di kalangan penduduk di Eropah berbanding Muslim sendiri di negara-negara mereka.

Saya yakin dan percaya, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas di dalam buku yang beliau karang puluhan tahun sebelum ini, Risalah Untuk Kaum Muslimin telah pun mendedahkan permasalahan dalaman yang membarah di dalam umat Islam. Beliau turut menggariskan nasihat-nasihat sebagai pedoman buat umat Islam di dalam mendepani masalah dalaman ini.
 
Di Mana Untung Tanpa Rugi? PDF Print E-mail
Written by spp   
Tuesday, 31 March 2009 22:44
Saya teringat akan buku Amir Shakib Arslan bertajuk "Our Decline: Its Causes and Remedies". Di dalam buku tersebut beliau membandingkan negara-negara Islam hari ini yang ketinggalan jauh ke belakang berbanding dengan negara-negara Barat.

Antara sebab yang beliau nyatakan adalah negara-negara Barat berhak ke atas apa yang mereka kecapi kerana pengorbanan yang telah mereka lakukan di masa lepas. Lihat sahaja Amerika yang suatu ketika dahulu dilanda Perang Saudara yang amat buruk hampir-hampir sahaja memecahkan Amerika menjadi dua negara berasingan. Jerman yang dilanyak lumat oleh tentera bersekutu di dalam Perang Dunia Pertama tetapi bangkit dengan laju selepas itu. Jepun pula mungkin tidak termasuk di dalam kategori negara barat tetapi melihatkan keupayaan Jepun maju mendadak pasca bom atom yang menimpa Hiroshima dan Nagasaki. Mereka bangkit dari runtuhan kota-kota dengan keazaman yang tidak dapat dibendung.

Saya berfikir, adakah perlu untuk kita mengharungi pengalaman yang sebegitu dasyat untuk mengecapi kedamaian kalau bukan pun dari sudut nilai tetapi mungkin dari sudut material. Tesis yang dibentangkan oleh Amir Shakib Arslan nampaknya menjurus ke arah pandangan begitu. Apa sahaja pengorbanan yang telah negara-negara Islam lakukan di dalam tempoh abad terbaru ini untuk melayakkan kita mengecapi ketinggian hak dan maruah? Di awal abad ini kita berperang sesama sendiri menyelesaikan masalah dalaman perebutan takhta, kepentingan dan lain-lain. Dan kita berterusan demikian sehingga kini. Saya ingat di dalam otak fikir negara-negara Islam kini hanya tentang diri kita dan hanya kita sahaja. Kita melenting apabila dijentik, merungut apabila dimaki dan merajuk apabila ditegur.

Kita lebih gemar untuk beroleh manisnya untung tanpa merasa pahitnya rugi terlebih dahulu. Mencari jalan pintas untuk segala-galanya. Untuk ke angkasa, biarlah menumpang platform pelepasan roket negara asing, asalkan Jalur Gemilang dikibar di angkasa.

Walau bagaimana kayanya kita (tanpa kita sedari), negara-negara Islam lebih suka mengikut telunjuk yang lebih berkuasa (sedangkan yang berkuasa sebenarnya takut kepada kita). Negara-negara Arab contohnya, punya sumber asli yang cukup berharga. Dengan minyak seharusnya mereka sedar bahawa mereka boleh mengawal dunia. Tetapi kenapa tidak? Apa yang mereka takut pada Amerika? Apa yang mereka takut pada Israel? Apa yang mereka takut pada Britain?

Takut kepentingan pemimpin-pemimpin negara terjejas mungkin. Mungkin bukan salah rakyatnya.
 
Bajet Mini 2009 Mesra Siswazah PDF Print E-mail
Written by spp   
Sunday, 22 March 2009 14:13

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak di atas pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 sebagai pakej rangsangan kepada Bajet 2009 yang telah dibentangkan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini. Pakej rangsangan tersebut yang berupa bajet mini berjumlah 60 bilion, melakar sejarah ekonomi Malaysia.

Belum pernah sebelum ini satu pakej rangsangan yang berjumlah sebegitu besar dibentangkan selepas pembentangan bajet tahunan negara. Namun, ia adalah suatu yang logik dan munasabah di dalam mendepani krisis ekonomi dunia yang teruk sehingga menyebabkan penguncupan ekonomi terburuk semenjak The Great Depression pada tahun 1929.

 

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com