|
Objektif Gerakan
|
Sebuah badan induk persatuan pelajar Islam yang berdaftar di peringkat kebangsaan, maka PKPIM menggariskan beberapa objektif: 1. Menjadi satu badan induk yang mewakili pelajar-pelajar Islam di Malaysia untuk berkembang dan berjuang ke arah merealisasikan idealisme Islam yang syumul (komprehensif) selaras dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah.
2. Mengeratkan dan merapatkan tali persaudaraan di antara semua pelajar Islam Malaysia. 3. Menjadi wakil untuk mengemukakan kesulitan, permintaan serta tuntutan pelajar-pelajar Islam kepada pihak yang berkaitan dengan masalah pelajaran, kebudayaan, kemasyarakatan dan lain-lain.
4. Mengadakan kemudahan kepada para pelajar tanpa mengira perbezaan agama, ekonomi, kaum, pergaulan hidup atau bahasa.
5. Mewakili pelajar-pelajar Islam semasa di dalam dan luar negara, merapatkan ukhuwwah Islamiah serta bekerjasama dengan persatuan-persatuan yang sama dasarnya dengan PKPIM. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perhubungan
Sekretariat PKPIM Pusat Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah, Batu 6 1/2, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
Telefon: +603-6184 2286 Faks: +603-6184 2285 Laman Sawang: www.pkpim.net Emel: pkpim_spp@yahoo.com
|
|