Remaja mudah ketagih seks PDF Print E-mail
Written by Super Admin   
Monday, 13 October 2008 17:12
Remaja melepasi tahap umur 'akil baligh' adalah golongan paling ramai melayari laman web lucah dan menjadi sasaran paling mudah disebabkan 'ledakan perasaan' yang cenderung kepada perlakuan seksual. Perubahan tahap umur itu mendorong kepada keinginan kuat mengikut kehendak nafsu apatah lagi jika menonton video, melihat gambar lucah atau membaca artikel seks. Profesor Madya Dr Mariani Md Nor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), berkata terlalu banyak kesan negatif jika membiarkan remaja melayari internet tanpa pengawasan yang mendorong mereka melayari laman web lucah.

"Remaja akil baligh cukup mudah naik nafsu syahwat terutama apabila melihat bahan lucah, mereka juga sudah tahu apa itu hubungan seks. Perubahan itu akan mencapai kemuncak jika wujud pergaulan tanpa batasan dan ketagihan seks. "Banyak kes rogol bawah umur berlaku antara kenalan, rakan, pasangan kekasih disebabkan mereka tidak mempedulikan larangan agama dan undang-undang. Apa yang mereka fikirkan hanya untuk berseronok disebabkan wujudnya 'pencetus' iaitu bahan lucah. "Jika tidak terdedah kepada anasir tidak sihat ini, masalah sosial itu tidak akan berlaku," katanya.

Bagi sesetengah remaja berniat jahat, mereka sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi kehendak nafsu termasuk meletakkan pil khayal ke dalam minuman teman wanita atau kenalan sebelum merogol mangsa. Dr Mariani berkata, aktiviti itu akan memberi kesan langsung kepada remaja yang masih bersekolah, mereka akan mengabaikan mata pelajaran, pencapaian akademik merosot, keruntuhan moral serta hubungan renggang dengan keluarga.

"Apabila sudah terjerumus, tentu ibu bapa akan marah tanpa menyedari apa sebenarnya dilalui anak-anak. Akan timbul juga masalah apabila keluarga terlalu mengawasi anak-anak di rumah, mereka akan mencari jalan melayari internet di luar rumah disebabkan ketagihan," katanya. Faktor bayaran serendah 15 sen sebagai yuran melayari laman web juga mendorong ketagihan dan Mariani percaya kegiatan itu mensasarkan kepada remaja daripada keluarga berpendapatan sederhana ke bawah yang dilihat lebih daripada mampu untuk menjelaskan kadar bayaran berkenaan.

Katanya, dengan kadar bayaran itu, sesiapa saja mampu melayari laman web lucah dan tidak mustahil ada antaranya sanggup menyimpan wang saku ke sekolah kerana mahu menghabiskan masa melayari web itu. "Semua ini membuktikan capaian internet cukup mudah, kanak-kanak juga boleh melakukannya. Apa yang kita saksikan sekarang ialah runtuhnya moral masyarakat kini, kes gugurkan kandungan, buang bayi berleluasa," katanya. Faktor tiada penguatkuasaan konkrit, tiada pegangan agama serta wujudnya peluang serta pilihan yang banyak dan murah untuk mendapatkan bahan lucah kini menjadikan kegiatan itu menguntungkan satu pihak, pada masa sama meruntuhkan institusi masyarakat.

Pengendali web lucah tidak terlepas tindakan

BENARKAH pengendali laman web lucah boleh berselindung di sebalik terma 'persetujuan pengunjung' untuk mengelak dikenakan tindakan? Seorang peguam, Abu Backer Sidek berkata sebenarnya pengendali berkenaan boleh dikenakan tindakan kerana jelas bertentangan dengan tujuan penubuhan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 iaitu menjamin perkembangan sihat.

Berdasarkan peruntukkan seksyen 211, AKM 1998, membawa maksud mengekal, menjamin perkembangan sihat dalam dunia siber, kegiatan menghantar atau menyebar bahan lucah adalah bertentangan dengan nilai moral.Katanya, AKM 1998 menjelaskan maksud sesiapa yang menghantar, menyebar bahan lucah di internet boleh dikenakan tindakan walaupun mereka menggunakan alasan ada kerelaan pengunjung web.

Sebelum ini, banyak pihak mempersoalkan AKM 1998 yang dilihat longgar dalam mengawal perkembangan penyebaran bahan lucah berikutan terlalu banyak laman web lucah berpangkalan di dalam dan luar negara yang boleh diakses secara mudah. Pengendali laman web itu berselindung di sebalik 'persetujuan pengunjung' yang mematuhi terma ditetapkan, secara sukarela walaupun ada yang mengenakan bayaran. Taktik itu membolehkan mereka mengelak daripada tindakan kerana ia dilakukan tanpa paksaan dan bersyarat.

"Sudah tentu ia bertentangan dengan tujuan menjamin perkembangan sihat. Adakah penyebaran bahan lucah dikatakan perkembangan sihat?.... sudah tentu tidak dan ia bertentangan dengan nilai moral. Jadi, seksyen 211 AKM 1998 boleh digunakan dalam hal ini. "Jika pengendali berselindung di sebalik faktor kerelaan pengunjung, ia sebenarnya cuma 'tiket' rayuan untuk mengurangkan hukuman. Walaupun akta itu bukan bertujuan menyekat, ia masih boleh dikuatkuasakan bertujuan mengawal perkembangan tidak sihat," kata Abu Backer.

Mengikut seksyen itu, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda RM50,000 dan penjara maksimum setahun atau kedua-duanya. Abu Backer berkata, memang diakui kerajaan memberi jaminan untuk tidak menapis internet mengikut Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan syarikat berkaitan MSC di negara ini.

Namun katanya, AKM 1998 adalah akta berkenaan undang-undang siber yang dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan kerajaan dalam memantau industri berkenaan yang mencakupi ruang lingkup kegiatan dunia siber. Katanya pengawalan mesti datang daripada kerajaan dan ditingkatkan daripada semasa ke semasa terutama ke atas laman web yang berpangkalan di dalam negara.Bagaimanapun, beliau mengaku kebanyakan laman web itu berpangkalan di luar negara dan ia sukar ditapis kerana melangkaui sempadan kuasa serta perlu diteliti mengikut peruntukan yang boleh digunakan.
 
INFO:

Laman web yang disiasat, sudah disiasat dan sudah dikenakan tindakan (68 kes).

  • 25 kes : Tindakan Penguatkuasaan di bawah AKM 1998
  • 38 kes: Ditutup (termasuk tiada perlanggaran AKM 1998, di luar bidangkuasa SKMM dan kandungan ditarikbalik)
  • 5 : Dalam Siasatan


Aduan yang diterima SKMM:

  • Januari - Mac 2008 : 628 (lain-lain perkara) dan 13 (laman web)
  • April - Jun 2008: 1,076 (lain-lain perkara) dan 35 (laman web)
  • 2007: 2,147 (lain-lain perkara) dan 30 (laman web)


Jumlah laman web lucah: Berdasarkan laman web internet-filter-review pada 2006.

  • 4.2 juta web lucah
  • Bersamaan 12 peratus daripada keseluruhan laman di internet.


Tindakan:

  • Peruntukkan Seksyen 211 dan 233 AKM 1998: denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan bersalah.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20081012090908/Article
 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com