Forum pertama Katholik-Islam di Vatican hari ini PDF Print E-mail
Written by Super Admin   
Tuesday, 04 November 2008 13:49
Buat julung kalinya, forum Katholik-Islam akan diadakan hari ini, dua hahun selepas Pope Benedict XVI mahu agar kedua-dua penganut agama itu bertemu selepas Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Forum tiga hari ini membuka lembaran baru selepas 'sejarah yang panjang' membabitkan kedua-dua agama itu. Delegasi Khatolik diketuai, Ketua Gereja Roman Katholik, Jean-Louis Tauran dengan Benedict dijadual mengadakan pertemuan kedua-dua delegasi, Khamis ini. Delegasi Islam diketuai Mufti Bosnia, Mustafa Ceric. Jurucakap Mustafa, Yahya Pallavicini dilaporkan berkata delegasi berkenaan bagaimanapun mewakili sebarang negara atau idealogi tertentu.

Delegasi itu turut disertai cendiakawan Tariq Ramadan, yang lantang bercakap mengenai Islam di Eropah bersama Aref Ali Nayed dari Pusat Kajian Islam dan Strategik di Amman, Jordan dan Ayatollah Seyyed Mustafa Manegheg Damad dari Iran. Beberapa wakil wanita menyertai forum berkenaan antaranya Ingrid Mary Mattson, profesor kajian Islam di Hartford (Connecticut) Seminary di Amerika Syarikat. Seminar di Vatican itu adalah susulan daripada permintaan negara Islam pada Oktober 2006, sebulan selepas Benedict memberi ucapan di Regensburg, Jerman. 

Sumber : Berita Harian

 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com