Qana'ah PDF Print E-mail
Written by spp   
Friday, 20 November 2009 15:30

Hadis: Qana’ah

Disampaikan oleh: Fatin Nur Majdina bt Nordin[1]

Penolong Setiausaha Agung 2 PKPIM sesi 2009/2010

 

Menurut Prof Hamka dalam Tasawuf Moden, qana’ah ialah menerima cukup. Qana’ah didefinisikan sebagai sikap merasa cukup, ridha atau puas atas kurnia dan rezeki yang diberikan oleh Allah. Qanaah  itu mengandungi lima perkara, iaitu

1.       Menerima dengan rela akan apa yang ada

2.       Memohonkan kepada Tuhan tambahan yang patut, dan berusaha

3.       Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan

4.       Bertawakal kepada Tuhan

5.       Tidak Tertarik oleh tipu daya dunia.

Itulah yang dinamakan qana’ah, dan itulah kekayaan yang sebenar. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ‘Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta, kekayaan ialah kekayaan jiwa.’

Setelah payah Hukama mencari apakah erti kekayaan yang sebenarnya, mereka telah mendapat keputusan, iaitu; ‘Orang kaya ialah orang yang sedikit keperluannya.’

Oleh itu, qanaah membawa erti diri berasa cukup dengan apa yang ada, tidak terlalu loba dan cemburu, bukan orang yang meminta lebih terus-terusan kerana kalu masih meminta tambah tandanya masih miskin.

Rasulullah s.a.w. bersabda juga; ‘Qanaah itu adalah harta yang tak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap.’ (Diriwayatkan oleh Thabrani dari Jabir)

Qanaah bukanlah bererti menerima saja apa yang ada sehingga tiada ikhtiar yang akhirnya termasuk dalam golongan yang ketinggalan, tidak produktif dan mundur. Hakikatnya, qanaah mengajar kita bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah. Sikap qanaah perlu dimiliki oleh orang kaya mahupun orang miskin, kerana sifat qanaah iaitu merasa cukup dengan pemberian Allah, tidak tamak terhadap apa yang dimiliki manusia, tidak iri melihat apa yang ada di tangan orang lain, dan tidak rakus mencari harta benda dengan menghalalkan segala cara, sehingga dengan semua itu akan membuat orang merasa puas dan tidak mencari melebihi  apa yang diperlukan, dan mencegah orang dari menurutkan hawa nafsu yang tidak pernah puas.

Berikut adalah beberapa hadis dari Rasulullah s.a.w. yang menganjurkan qanaah;  

1.       Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Jadilah kamu seorang yang wara’, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah tertawa kerana banyak tertawa kerana banyak tertawa itu mematikan hati. (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

2.       Dari Abu Muhammad, iaitu Fadhalah bin Ubaid Al-Anshari r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda ; ‘Beruntunglah kehidupan seseorang yang telah dikurniakan petunjuk untuk memasuki agama Islam, sedang kehidupannya berada dalam keadaan cukup dan ia bersifat qanaah (menerima).’ (Hadis Hassan Sahih)

3.       Dari Amr bin Al-Ash r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Beruntunglah orang yang memasrahkan diri, dilimpahi rezeki yang sekadar mencukupi dan diberi kepuasan oleh Allah terhadap apa yang diberikan kepadanya. (Hadis Riwayat Muslim, At-Tarmizi, Ahmad dan Al-Baihaqi)

4.       Dari Abdullah bin Amr r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda; ‘Sesungguhnya beruntunglah orang yang sudah masuk Islam, yang rezekinya mencukupi (dan tidak berlebihan), dan yang Allah menjadikannya qanaah dengan apa diberikan kepadanya. (Muslim).

Ketahuilah sesungguhnya di dalam qanaah itu ada kemuliaan dan ketenteraman hati kerana sentiasa merasa cukup, ada kesabaran serta keredhaan terhadap pembahagian rezeki yang ditentukan oleh Allah Taala.         

Mengatasi Ketamakan dan ubat menghasilkan qana’ah terdiri dari 3 rukun, iaitu sabar, ilmu dan amal.

1.       Amal; iatu berhemat dalam penghidupan dan bersikap sederhana dalam perbelanjaan. Maka, siapa yang ingin mulia dengan sifat qana’ah hendaklah mengurangkan (sedikit) pengeluaran dan nafkah.

2.       Pendek angan-angan supaya tidak goyah kerana keperluan dalam keadaan kedua.

3.       Dengan memahami bahawa dalam qanaah terdapat kemuliaan dan kebebasan dari mmeinta-minta dan perasaan akan hinanya ketamakan. Dengan itulah ia boleh selamat.

Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, “Orang yang bijaksana itu mengurus urusan dunianya dengan qanaah, urusan akhiratnya dengan bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah manusia yang paling qana’ah, ridha dengan apa yang ada dan paling banyak zuhudnya. Beliau juga seorang yang paling kuat iman dan keyakinannya, namun demikian beliau masih meminta kepada Allah subhanahu wata’ala agar diberikan qana’ah, beliau bedoa,

“Ya Allah berikan aku sikap qana’ah terhadap apa yang Engkau rezekikan kepadaku, berkatilah pemberian itu dan gantilah segala yang luput (hilang) dariku dengan yang lebih baik.”                             (HR al-Hakim, beliau menshahihkannya, dan disetujui oleh adz-Dzahabi)

Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Maksud qana’ah itu sangat luas. Ia menyuruh kita mempercayai bahawa ada kekuasaan yang melebihi kekuasaan kita, menyuruh sabar menerima ketentuan Allah jika ketentuan itu tidak menyenangkan hati, dan bersyukur jika dipinjam oleh Allah nikmat, sebab nikmat itu akan hilang, Dalam hal yang demikian disuruh bekerja, berusaha, bergiata sehabis tenaga, sebab selagi nyawa dikandung badan, kewajipan belum berakhir. Kita bekerja bukan kerana meminta tambahan yang telah ada dan tidak merasa cukup pada apa yang berada dalam tangan, tetapi kita bekerja  kerana orang hidup mesti bekerja.Qana’ah tidak berlawan dengan harta, selama harta itu tidak menghilangkan ketenteraman hati, kerana qana’ah ialah tangga ketenteraman hati. 

 

Rujukan

HAMKA, Tasawuf Moden

Imam Al-Ghazali, Ringkasan Ihya Ulumuddin



[1] Disampaikan dalam Usrah pimpinan 17 November 2009M bersamaan 29 Zulkaedah 1430H.

Last Updated ( Friday, 20 November 2009 15:34 )
 

Rencana Pilihan

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpin besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah...Read more...
Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman...Read more...
Obama sedarkan orang Melayu
Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden...Read more...
Jawaban Mahathir Terhadap Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas Daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya...Read more...
PPSMI dan Sistem Nilai Masyarakat
Pada awal abad ke-20, kolonial British mula memperkenalkan ekonomi moden yang tersusun di Tanah Melayu berasaskan pengeluaran komoditi berasaskan...Read more...

Perhubungan

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
  Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com