|
|
|
Wednesday, 03 March 2010 08:20 |
|
 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menghantar wakil untuk mewakili Malaysia ke ‘The 3 rd International Youth Gathering ‘yang berlangsung di Jakarta dan Bandung padai 17 hingga 24 Januari 2010 yang lalu. Perhimpunan ini dianjurkan oleh The Union of Non-Govermental Organizations of Islamic World (UNIW-www.theunity.org) dengan kerjasama Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI), Nuansa Islam Universitas Indonesia (SALAM UI), Komuniti Kemanusian Indonesia (KKI ), Persatuan Umat Islam (PUI) dan Rumah Zakat Indonesia(RZ1). Ia merupakan perhimpunan kali pertama dianjurkan di Indonesia setelah perhimpunan pertama dan kedua yang telah diadakan di Istanbul, Turki. UNIW merupakan persatuan NGO-NGO Islam sedunia yang ditubuhkan pada 2005 berpusat di Istanbul,Turki. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH), Future Global Network (FGN), Yayasan Takmir Pendidikan (YTP), Global Peace Mission(GPM) merupakan NGO Malaysia yang berdaftar dibawah gabungan UNIW ini. Dalam pada itu, untuk program ‘The 3 rd International Youth Gathering’ ini ,Malaysia telah menghantar seramai 14 orang wakil iaitu masing-masing dua orang bagi mewakili PKPIM, Abim, WADAH, FGN, YTP,GPM dan dua orang lagi bagi mewakili Haluan Siswa. Baca Seterusnya... |
|
Thursday, 04 March 2010 15:34 |
|
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengadakan program ziarah utara pada 28 Februari 2010 yang lepas. Tujuan utama lawatan yang diketuai oleh Saudara Khairul Anuar Bin Musa selaku Setiausaha Agung ini adalah untuk bertemu dengan beberapa pimpinan PKPIM cawangan utara seperti Yang Dipertua Persatuan Siswazah Islam Darul Aman (PERSIDA), Sdr. Azamuddin Bin Ahmad Miskam, wakil pimpinan PKPIM USM, Sdri. Wan Farizah Bt Wan Rosli serta beberapa wakil pimpinan PKPIM Perlis. Antara perkara utama yang dibincangkan ketika lawatan tersebut termasuklah program pemantapan kaderisasi PERSIDA sendiri dan program pemahaman gerakan di USM. Alhamdulillah ziarah utara ini menampakkan harapan baru bagi PKPIM dan badan gabungannya dalam mengkader ahli-ahli baru bagi meneruskan Gagasan Ta'dib yang dibawa PKPIM ke arah membina generasi "Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur. InsyaAllah.
 |
|
Wednesday, 03 March 2010 17:27 |
|
 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menerusi Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ), yang merupakan salah satu Badan Gabungan Negeri PKPIM telah menganjurkan Program Menara Gading 2010 peringkat Negeri Johor di Kompleks Mustika Embun, Jln Rahman Andak, Johor Bharu, Johor. Program yang berlangsung pada 12 hingga 14 Februari 2010 iaitu bersamaan 27 hingga 29 Safar 1431H lalu bertujuan untuk mengumpulkan seramai mungkin pelajar dari negeri Johor yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti bagi membuka ruang dan peluang untuk mereka mendapat pendedahan sebagai persediaan menghadapi cabaran mendatang. Selain itu, program ini juga merupakan medium bagi ahli-ahli PKPIM yang merupakan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi untuk turun padang berbakti kepada generasi kemudian. Dalam pada itu, program berkenaan telah disertai hampir 60 orang pelajar yang terdiri dari lepasan SPM, STPM dan STAM dari sekitar Johor Bharu. Program tersebut juga telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor, Prof. Madya Dr. Shahrum Shah bin Abdullah. Baca Seterusnya... |
|
Wednesday, 24 February 2010 01:56 |
|
![[n_whip.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_N69jaTBB_W8/S4QZC5jI--I/AAAAAAAAAiA/5fpJGBsvLMs/s1600/n_whip.jpg)
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 24 Februari 2010/ 10 Rabiul Awal 1430 H PKPIM CADANG MANSUHKAN SEKSYEN 289 (a) KANUN ACARA JENAYAH Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada tindakan seorang bekas pengurus bank yang mencabar hukuman sebat terhadapnya kerana peruntukan undang-undang bagi hukuman sebat bersifat menindas dan prejudis kepada kaum lelaki.
Seksyen 289 (a) Kanun Acara Jenayah menyatakan bahawa hukuman sebat tidak boleh dikenakan ke atas mana-mana pesalah wanita. Justeru itu, peruntukan sedia ada ini dilihat amat bercanggah dengan prinsip kesaksamaan dan anti diskriminasi jantina sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu, Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa “Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan, tempat lahir, atau gender dalam mana-mana undang-undang”. Maka, PKPIM ingin mencadangkan agar peruntukan dalam Seksyen 289 (a) Kanun Acara Jenayah ini dimansuhkan memandangkan peruntukan tersebut dilihat sebagai “Ultra Vires” kerana ia secara terang-terangan bercanggah dengan Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan. Baca seterusnya... |
|
Monday, 25 January 2010 23:58 |
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil bersyarah tentang Ta’dib dan Pemahaman Dalam Perspektif Haraki 24 Januari, Kajang - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Multaqa' Nuqaba' Kebangsaan 2010 pada 22-24 Januari 2010 yang bertempat di Kompleks Darul Hikmah, Kajang. Seramai 80 orang Nuqaba' yang terdiri dari pimpinan dan ahli dari seluruh kampus dan Badan Gabungan Negeri telah menjalani latihan melalui bengkel ceramah dan modul intensif yang bertujuan untuk membentuk nuqaba' PKPIM yang dinamik. Multaqa Nuqaba kali ini telah dibuka dengan Syarahan Ta’dib Perdana yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil dengan membicarakan tajuk Ta’dib dan Pemahaman Dalam Perspektif Haraki. Dalam syarahan tersebut, Dato' Dr Siddiq Fadzil telah menggariskan 10 nilai Ta'dib yang harus dijiwai oleh seluruh aktivis PKPIM dalam membawa Gagasan Ta'dib Kepemudaan sebagai landasan perjuangan jangka panjang.
Dalam pada itu, Nuqaba' yang hadir adalah dalam kalangan yang terpilih untuk memastikan pengisian program ini sampai kepada sasaran yang betul. Selain itu, Nuqaba' yang hadir telah difahamkan dengan asas, matlamat dan dan kaedah dakwah yang berkesan dalam mendepani setiap lapisan masyarakat khususnya mahasiswa. Dinamika dalam melaksanakan taklifan Allah s.w.t. ke atas manusia sebagai hamba dan khalifah, adalah kunci kepada kejayaan penyampaian mesej dakwah. Sementara itu, penghargaan khusus ditujukan kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) atas kerjasama dan bantuan dari sudut pengisian dan modul Nuqaba’. Menurut saudara Mohd Akmal Afiq Bin Mohamad yang juga Timbalan Presiden PKPIM, dengan peranan besar yang dimainkan ABIM ini, Multaqa Nuqaba’ yang dianjurkan telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Baca Seterusnya... |
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 1 of 46 |
|
|
|
|
|
Perhubungan
Sekretariat PKPIM Pusat Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah, Batu 6 1/2, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
Telefon: +603-6184 2286 Faks: +603-6184 2285 Laman Sawang: www.pkpim.net Emel: pkpim_spp@yahoo.com
Pelawat
We have 5 guests online
|
|